Cakap Biasa Dengan Anak Sepanjang Tumbesaran, Bantu Mengelakkan Anak Pelat!

Pelat merupakan masalah pertuturan di mana kanak-kanak sukar bertutur dengan bunyi pertuturan yang betul dan bersesuaian dengan umurnya, yang menyebabkan percakapan mereka sukar untuk difahami oleh ibu bapa. Ini sering dilihat dalam kanak-kanak yang masih kecil dan ia seringkali dianggap ‘comel’ di mata ibu bapa.

Bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan masih boleh dikatakan sebagai normal kerana mereka sedang melalui proses perkembangan bahasa dan pertuturan. Namun, apabila usia mencecah tujuh tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bercakap tanpa pelat, jelas dan mudah difahami.

Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/mother-daughter-studying-alphabet_5519320.htm#query=kanak%20kanak%20bercakap&position=3&from_view=search&track=ais

Menurut Aishah Kassim, pasti ramai ibu bapa yang berasa risau dan bimbang akan pertuturan pelat anak mereka. Beliau berkata bahawa kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah itu masih normal jika mereka mempunyai kesukaran untuk bertutur.

Aishah Kassim berkongsikan beberapa tip yang boleh membantu para ibu bap ajika mempunyai anak yang bertutur pelat, antaranya:

1. Teknik Acoustic Highlighting
* Tekankan bunyi yang anak salah sebut.
* Bantu anak untuk menghasilkan bunyi yang betul.
* Contohnya: boya > bola, matan > makan

2. Kenal pasti bunyi yang tidak dapat disebut oleh anak
* Ajar anak kenali bunyi dalam bentuk individu.
* Contoh: anak ada masalah sebut “S” > bantu anak buat bunyi sebutan “ssss” (bunyi ular)

3. Bantu anak betulkan kedudukan lidah
* Perlukan konsistensi
* Latih anak biasa dengan sebutan betul
* Contoh: “lidah di belakang gigi dan rasakan angin untuk sebut sssss”

4. Tambah suku kata
* Re-train kongnitif anak.
* Latih anak tukar tabiat pelat.
* Contoh: sa, si, su, se, so

5. Beri input perkataan sesuai dengan bunyi yang dilatih
* Bantu anak hasilkan perkataan dengan jelas.
* Contoh: huraf “K” jadi “T” >> latih anak sebut perkatan kakak, katak, kuku, kepala.

Ibu bapa juga digalakkan untuk bertutur dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Jangan bertutur pelat dengan mereka hanya disebabkan anak-anak masih kecil dan mahu mengikuti “slang” mereka.

Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat membantu ibu bapa untuk memperbetulkan pertuturan anak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply