Bayi tercungap-cungap! Bayi jadi biru! Seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu. Keadaan ini berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.
Ia boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau pneumonia kerana susu yang diminum masuk ke dalam salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran feeding bayi.
Ibu bapa perlu mengambil tahu punca terjadinya kes seperti ini berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati berpunca daripada tersedak susu. Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Menurut Dr Ain, terdapat punca yang menyebabkan susu boleh keluar mengikut mulut dan hidung. Jom lihat video perkongsian mengenai punca bayi tersedak susu di akaun TikToknya.
@bestnyamenyusu Replying to @atiey81 Jangan terlalu risau tau mommies🥰 #kaunselorsusu #ilmumenyusu #bfclass #kelasmenyusu #onlineclass #kaunselortangis #babycrysolutions #babylanguage #womenontiktok #numomlight #numommalaysia #education ♬ original sound – PC Ain | Susu & Tangisan Bayi – PC Ain – Susu & Tidur Bayi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.