Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak.
Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Bayi yang menyusu badan adalah kurang cenderung mendapat pneumonia, demam selesema, dan virus. Keadaan gastrousus seperti cirit-birit, yang boleh membahayakan si manja, adalah amat kurang berlaku dalam kalangan bayi yang menyusu badan.
Menurut Dr Luqman, susu ibu merupakan susu yang paling terbaik untuk bayi. Jom lihat video yang dikongsikan mengenai kebaikan susu ibu di akaun TikToknya.
@dr_luqman Kenapa susu ibu paling terbaik? 🤔 #notadralb #kesihatananak #drluqman #parenting ♬ Smile – Johnny Stimson
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.