Sebagai seorang ibu, tak dinafikan kehidupan seharian yang kita jalani ada kalanya membuatkan seseorang itu merasa stres atau burn out. Bukan mudah nak menjadi seorang ibu, kerana kita sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga sehingga terlupa untuk beri perhatian kepada diri sendiri.
Sebenarnya nak jaga emosi serta kesihatan seorang ibu ni bukan hanya semasa berpantang. Selepas tempoh tersebut, ibu akan lebih letih dan emosi pun lebih ‘rapuh’. Silap sikit mulalah terasa hati dan jadi down kan? Disebabkan itulah, Pa&Ma mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzium Negara pada 9 Julai 2023 yang lalu.
Bertemakan denim dan putih, seramai 80 orang ibu millennial telah mengikuti acara ini untuk belajar banyak ilmu baru serta menambah pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Antara peserta terawal yang hadir dan membuat pendaftaran
Semuanya telah menunjukkan keterujaan dari awal dan keadaan bertambah meriah dengan kehadiran panel jemputan istimewa iaitu Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi), Pn Nad Masrom (Kaunselor Laktasi bertauliah) serta pengacara TV popular, Fiza Frizzy.
Pn Nad Masrom bergambar bersama team NUMOM
Belajar Tentang Kehamilan, Kelahiran & Penyusuan
Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan sesi sharing bersama ketiga-tiga panel jemputan. Dr Maiza banyak bercerita tentang persediaan mental dan fizikal buat bakal ibu serta bagaimana untuk kekal tenang dan bersemangat untuk mereka yang telah mempunyai anak. Selain itu juga, beliau berkongsi tentang ilmu kehamilan serta kelahiran baharu untuk membuka mata para ibu serta mommy to be yang hadir.
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bermanfaat dari Dr Maiza, Pn Nad serta Fiza
Pn Nad pula berkongsi tentang tip penyusuan dan bagaimana untuk mengekalkan momentum untuk terus menjayakan journey eksklusif ini sehingga sekurang-kurangnya enam bulan usia anak dan lebih bagus lagi jika mampu meneruskan sehingga umurnya dua tahun. Selain itu juga, Pn Nad turut menerangkan tentang kepentingan susu ibu kepada anak-anak.
Peserta menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi bersama panel jemputan
Fiza Frizzy pula mengambil peluang untuk bersembang mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Melalui perkongsiannya, Fiza tak menafikan ada masa dia akan merasa letih dan stres ketika menguruskan anak-anak. Tambah Fiza lagi, sokongan emosi serta bantuan dari suami sangat penting supaya seorang ibu sentiasa bertenaga dan mampu menjalankan tanggungjawabnya.
Gamat Belajar Ilmu Perbidanan!
Bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut, turut diadakan sesi treasure hunt berkaitan ilmu perbidanan yang dikelolakan oleh pihak Muzium Negara. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan khas untuk memenangi hadiah istimewa dari Pa&Ma.
Ternyata semua peserta memberikan kerjasama dan begitu teruja untuk melakukan tugasan yang diberi. Melalui aktiviti ini, banyak ilmu perbidanan secara tradisional dan moden dapat dipelajari.
Peserta teruja untuk menyelesaikan tugasan ‘treasure hunt’ yang diberi pihak Muzium Negara
Selesai melakukan aktiviti treasure hunt, Pa&Ma turut mengadakan games untuk menggamatkan lagi suasana pada hari tersebut. Acara telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah serta minum petang yang disediakan pihak Muzium Negara.
Tahniah kepada peserta yang telah memenangi cabutan bertuah
Rata-rata semua peserta merasa seronok, teruja dan dapat healing dari tugasan sebagai ibu sepanjang berlangsungnya acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzuim Negara. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat kesemua peserta terutamanya beberapa peserta lelaki yang turut serta untuk menemani isteri mereka.
Pengarah Muzium Negara, En Zamrul Amri Zakaria, turut hadir memeriahkan acara
Ada rezeki, kami akan terus anjurkan pelbagai acara menarik buat semua follower yang banyak memberi sokongan kepada Pa&Ma!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.