Tahniah diucapkan kepada penyanyi Fuad Rahman dan Tom yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka selepas mengumumkan kehamilan itu.
Tom yang sebelum ini pernah mengalami keguguran kini disahkan hamil lagi dan ia pastinya perkhabaran yang paling menggembirakan buat mereka.
Fuad berkata, dia dan Tom mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan beberapa hari lalu selepas penyanyi itu mengalami alahan.
“Tiga bulan lepas isteri saya keguguran dan alhamdulillah selepas buat pemeriksaan doktor sebab asyik mengalami alahan, Tom disahkan sedang hamil.
“Usia kandungan sudah memasuki usia sebulan,” katanya berkongsi.
Akui Tom lagi, dia pada mulanya mahu merahsiakan terlebih dahulu kerana kandungan masih diperingkat awal.
Namun terpaksa berkongsi selepas suaminya itu mula buka cerita kepada umum. Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram turut memohon doa orang ramai agar kandungannya itu selamat dan dipermudahkan urusan.
“Alang-alang suami dah beritahu, saya minta doakan anak dalam kandungan ini sihat dan saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” ujarnya.
Terdahulu pada awal April lalu Tom berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.