“Usia Kandungan Baru 3 Minggu” Belum Rezeki Timang Anak Kedua, Maryam Keguguran!

Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua, pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim akui dengan ketentuan Allah selepas Maryam keguguran beberapa bulan lalu.

Kongsi Maryam menerusi satu petikan video, usia kandungannya ketika itu baru sahaja tiga minggu namun dia dan suami akur dengan aturan rezeki dari Allah.

“Saya alami keguguran pada Mei lalu. Usia kandungan waktu itu baru cecah tiga minggu. Waktu itu saya makan tak berhenti. Dulu masa Rina saya tak boleh makan dan asyik nak muntah.

“Saya tahu saya gugur bila keluar banyak darah dan seterusnya kami buat pemeriksaan doktor.

“Saya rasa sedih kerana kehilangan. Saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja dapat tahu saya hamil,” katanya berkongsi.

Tidak hanya Maryam, bahkan Ryzal insan yang paling gembira bila mengetahui Maryam hamil kerana mengidamkan anak lelaki.

Malah kata Ryzal, dia dan Maryam juga sudah pun membuat beberapa persiapan awal.

“Saya dan Maryam memang idamkan anak lelaki untuk anak kedua kami, jadi kami dah buat beberapa persiapan.

“Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. Jadi kita beli untuk anak kedua ini,” luahnya lagi.

Akui Ryzal lagi, airmatanya berguguran ketika disahkan doktor mengenai keguguran itu.

“Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila doktor cakap dah gugur, airmata saya berguguran ketika itu. Mungkin belum rezeki kami lagi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan cahaya mata perempuan, Rina pada 2021.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply