Elak Baring & Duduk Saja, Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru-Paru Anak!

Tak perlu senaman yang berat, cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan. Paling penting, kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak.

Rupanya bukan hanya ibu turut menerima manfaatnya, bahkan bayi dalam kandungan juga turut sama menerima tempias kebaikan dari ibu bersenam.

Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, ibu hamil yang menjaga rutinnya dengan senaman dapat merendahkan risiko masalah paru-paru pada anaknya kelak. Hebat kan?


Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.

Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah ‘pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.

Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan:

“Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.

“Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.”

Ibu aktif kurangkan risiko pada bayi:
* Bayi kurang risiko paru-paru yang teruk.
* Kurang risiko masalah pernafasan.
* Kurang risiko asma.

“Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal.

Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.

Selain minum susu dan makanan yang sihat, jangan lupa untuk bersenam untuk kekal aktif sepanjang hamil.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply