Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan.
Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu, akui Nad, dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apatah lagi baby bump tidak boleh disorok lagi.
“Insya Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang saja, cuma sekarang musim panas. Demam dan batuk itu biasalah, tapi tak mengapa.
“Suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Tambah Nad lagi, berat badannya juga semakin bertambah. Tambah pula kata Nad dia paling gemar makan nasi kandar sepanjang hamil kali ini.
Pun begitu kata Nad lagi, doktor turut menasihatinya supaya mengawal pemakanan.
“Saya boleh nikmati hiadangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini pasangan ini menantikan cahaya mata pertama mereka.
Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.