“Bila Tahu Dia Hamil, Saya Menangis” Dah Sedia Nama, Ryan Bakery Umum Isteri Hamil 5 Bulan!

Selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Feb 2023 lalu, kini pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mengumumkan bakal bergelar bapa selepas isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.

Berdebar dengan gelaran baru sedikit waktu lagi, Ryan meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dia akhirnya bakal bergelar seorang bapa.

Malah kongsi Ryan lagi yang berjaya memenangi kategori Popular Creator Of The Year pada Anugerah TikTok 2023 semalam, dia sudah pun mempersiapkan nama buat buah hatinya itu.

“Isteri saya kini sedang hamil 5 bulan. Tanpa saya sedar, saya bakal bergelar seorang ayah. Saya minta doa yang baik-baik daripada semua orang.

“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insya-Allah,” katanya berkongsi.

Alahan teruk diawal kehamilan

Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu, kongsi Ryan dia turut melihat kepayahan isteri di awal kehamilannya. Malah menurut Ryan lagi, isterinya mengalami alahan yang teruk dan sering muntah selain mengidam untuk minum air teh hijau.

“Ada alahan teruk pada isteri saya, dia muntah-muntah. Awalnya saya tidak tahu dia hamil sehingga dia tunjukkan kepada saya kit ujian kehamilan.

“Saya ingat dia kena Covid-19, rupanya bukan. Bila tahu dia hamil, saya terus menangis. Jantina belum tahu lagi.

“Ada juga dia mengidam yang pelik-pelik, contohnya nak minum air teh hijau. Kampung saya di Temerloh itu dah lah jauh ke kawasan dalam. Kalau nak keluar ke pekan jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” katanya berkongsi.

Terdahulu, Ryan Bakery selamat mendirikan rumahtangganya pada 27 Feb 2023 lalu. Pasangan ini kini sedang menanti kehadiran anak pertama.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply