Minum Air Rendaman Barli Ikut Cara Ni, Petua Lawas & Masalah Kencing Kotor Waktu Hamil!

Ketika hamil macam-macam dugaan yang dilalui ibu hamil. Ada yang buang air kecil tidak lawas, ada yang sembelit dan menghadapi kesukaran membuang air besar. Macam-macam.

Namun mengambil jumlah air yang mencukupi amat disarankan disamping pengambilan buah-buahan dalam diet harian. Wajib!

Perkongsian dan tip yang dikongsikan oleh Mastura Rashid ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk membantu masalah kencing kotor dan melawaskan masalah buang air kecil.  Namun dalam kita mencuba pelbagai petua sihat, perlu juga mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.


Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.

Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.

Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.

Cara masak barli ni pun mudah.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.

2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.

3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.

4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.

5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.

Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.

Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.

Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.

Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.

Tu je sharing pagi ni. Semoga bermanfaat.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply