Bagi pasangan suami isteri pasti teringin untuk dapatkan anak lelaki dan perempuan. Biasanya jika anak sulung adalah lelaki, mungkin untuk anak kedua nak perempuan pula. Bagaimanapun, dalam soal ini, ramai yang akan pandang pada isteri saja jika pasangan tersebut memiliki semua anak lelaki atau perempuan.
Mungkin bagi pasangan itu, mereka tak kisah asalkan anak yang lahir sihat dan sempurna. Cuma orang sekeliling pula yang ambil kisah. Jika anda nak tahu, faktor mempengaruhi pembentukan jantina anak sebenarnya dari suami.
Seperti perkongsian Dr Anayasmin Azmi, melalui fakta sains, gen bapa yang memainkan peranan penting dalam menentukan jantina bayi lelaki dan perempuan. Bukan sebelah ibu.
Sembang-sembang dengan seorang mak pesakit saya. Dia cerita,
“ Keluarga suami saya seolah salahkan saya, sebab kami belum ada anak lelaki. Mereka kata saya ni kuat baka perempuan.” Sayu suaranya.
“Oh, sebenarnya puan, kita perempuan ni beri chromosome X je pada anak. Sebab kita memang ada XX saja.
“Suami ada XY. Sama ada anak tu dapat satu lagi chromosome Y atau X adalah gen dari bapa. Kalau bapa beri chromosome X juga, rezeki anak perempuan lah, kalau si ayah beri chromosome Y pada janin maka anak lelaki lah rezeki kita.
“Tak mengapa puan, lelaki ke perempuan yang penting anak-anak sihat,” saya cuba memujuk dengan fakta sains yang ada..
Jadi kita semua janganlah salah menyalahkan kalau anak semua perempuan atau lelaki.
Sebab yang tentukan semua tu kan Allah SWT. Reda dan berbahagialah!
Kredit: Dr Anayasmin Azmi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.