“Ada Cyst, Uri Baby Di Bawah” Alami Pendarahan Serius, Kehamilan Isteri Aril Pilus Diuji Lagi!

Menantikan kehadiran zuriat tidak semudah yang disangka. Keterujaan Aril Pilus untuk mendapat anak kedua diuji lagi bila mana isterinya disahkan turut mempunyai cyst dalam ovari.

Jika sebelum ini, isteri Aril, Puteri Erma Edlinda disahkan mempunyai fibroid kini isteri kesayangan Aril yang hamil lapan bulan itu disahkan turut mempunyai cyst.

Menerusi Instagram, Aril memuat naik video ketika isterinya di rawat sebelum mendapat rawatan lanjut di hospital.

Bukan itu sahaja bahkan uri pula berada di bahagian bawah kerana keadaan perut yang semakin sempit.

“Assalam, salam jumaat semua just to inform that keadaan isteri saya dan anak dalam kandungan terdapat sedikit masalah dimana awal pagi tadi isteri saya mengalami bleeding yang agak serius.

“Sebelum ni saya ada share tentang masalah kesihatan isteri saya yang ada fibroid.

“Sekarang ni ada cyst pulak dan uri baby pulak ada di bawah sebab dalam perut dah sempit. So uri tak naik atas. So panjang la cerita dia,” tulis Aril berkongsi.

Melalui perkongsian video Aril, isterinya turut menerima rawatan sebelum dikejarkan ke hospital.

Aril juga turut memohon doa semua agar kesihatan isteri dan anaknya bertambah baik dan dipermudahkan semua urusan.

“Harap sahabat-sahabat dan rakan-rakan dapat sama-sama mendoakan kesihatan isteri dan baby dalam kandungan isteri saya.

“Terima kasih. Moga-moga doa yang baik itu berbalik kepada anda semua. Amin,” katanya.

Terdahulu, Aril yang berkongsi kegembiraan kehamilan kedua isterinya itu turut berkongsi masalah fibroid yang dialami isterinya.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply