Adat dan kepercayaan kita sejak dulu iaitu menyimpan tali pusat anak sebaiknya perlu dihentikan segera kerana makruh menyimpannya sebagai kenang-kenangan.
Malah menurut perkongsian video oleh Imam Muda Hassan, amalan menyimpan tali pusat ini dibimbangi menjadikan kita khurafat dan hukumnya haram.
Bila kita simpan tali pusat anak ni hukumnya makruh. Jadi tak perlulah simpan. Sebaiknya paling cepat ditanam.
Bila tali pusat putus, segerakan untuk tanam. Hanya basuh cuci biasa sahaja. Tak perlu guna air garam, air asam jawa atau apa-apa jua. Dia macam uri lah. Basuh biasa dah memadai sebab dah kering.
Nak tanam kat mana? Tak payah tempat special pun, depan rumah pun boleh. Korek tanah dan tanam dalam sikit supaya binatang tak ganggu, dah selesai.
Gambar hiasan.
Inshallah dengan izin Allah, itulah sunnahnya menyegerakan tali pusat tersebut dengan cara yang baik. Kita dah dapat pahala sunnah.
Kalau kita simpan dengan kepercayaan macam-macam boleh jadi khurafat dan makruh dan boleh jadi haram kalau kita percaya tersebut.
Jadi mudah-mudahan perkara ini kita ambil sungguh-sungguh supaya kita biar kehidupan kita selari dengan kehendak dan sunnah Nabi. Bila ikut sunnah Nabi, mudah-mudahan hidup kita diberkati.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.