Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Sesuai Untuk Minum Petang & Bekalan Anak Sekolah

Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Sesuai Untuk Minum Petang & Bekalan Anak Sekolah

Kalau anak-anak anda suka makan bergedil, ini  ada versi baru  hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Bentuknya bulat, gerenti anak-anak suka. Sedap dan senang cara membuatnya.

Elok sangat kalau dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah  atau untuk anda sendiri ke pejabat. Kalau buat banyak boleh difrozenkan. Bila-bila teringin nak makan boleh terus goreng je. Mudahkan.

Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.

BEBOLA KENTANG INTI AYAM

BAHAN-BAHAN:

3 biji kentang  | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak  secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

LANGKAH 2: Campurkan  daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

LANGKAH 5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

*Artikel ini diolah dari RASA


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply