Kita rasa mudah dan cepat untuk memasak, walhal sos-sos yang ada di pasaran seperti sos pasta segera sangatlah tidak sihat untuk anak kita. Buat sendiri lagi baik.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sos-sos pasta segera dan komersial ini mengandungi terlalu banyak bahan yang kurang sihat untuk anak. Elakkan.
Stop bagi anak makan sos pasta komersial kalau anak kerap tak sihat ya.
Anak selalu batuk dalam sebulan, seminggu je sihat.
Anak demam dah dua minggu suhu masih naik turun.
Anak asyik kena attack asthma dah banyak bulan tak sembuh lagi.
Anak kerap berhingus taktahu mana punca nya.
Anak gatal-gatal satu badan, stop ubat datang balik.
Anak bersin setiap pagi, kesian sampai merah hidung.
Anak berair telinga asyik bernanah je selalu.
Apa-apa je masalah anak, tapi kita masih tak jumpa jalan penyelesaian untuk sembuh, korang boleh try stop makanan tinggi proses macam ni.
Cuba ibu ayah perhati, belek ingredients belakang bahan ramuan, apa bahan yang ada dalam satu botol atau satu tin sos pasta.
Banyak sangat. Lebih 10 bahan.
Pengawet.
Aditif.
MSG.
Maltodekstrin.
Perasa tiruan.
Pewarna tiruan.
Semua ni kurang elok untuk usus dan otak anak kita sebenarnya. Bila kerap ambil, kita akan nampak tahap imuniti anak makin menurun. Kerap tak sihat, bila sakit lambat sembuh.
Dan dalam masa yang sama, kita tengah ajar dan tanam dalam diri anak, makanan macam ni okay untuk diambil hari-hari. Jadi, kita nak ganti dengan apa?
Blend tomato, buat sos pasta sendiri. Blend cendawan, buat sos cendawan sendiri.
Bawang merah, bawang putih, rempah ratus dry herbs, semua ni real food yang boleh kita guna. Tapi, ia perlukan sedikit modal masa dan usaha dari ibu dan ayah.
Nak tahap kesihatan anak lebih baik, itu yang kita kena korbankan. Sekejap je proses ni. Nanti kita akan terbiasa bila selalu buat.
Kita usaha sama-sama ya korang. Kita nak anak kenal banyak dengan real food, biar lidah anak mesra dengan real food. Ini penting untuk imuniti dan otak anak semua.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.