Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu juga boleh diproses menjadi hasil tenusu. Bagaimanapun, susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu Tamat Tempoh Boleh Jadi BAJA, Tak Membazir & Tanaman Subur
Hmm, nak dibuang sahaja sayang pula. Apa kat kita siram je pada tanaman.
Tapi tahukah anda, susu juga antara sumber terbaik untuk membekalkan sumber kalsium untuk pertumbuhan tanaman. Selain itu juga, ia mengandunggi protin baik, vitamin B, glukos yang diperlukan oleh tanaman dan membantu mempertingkatkan daya tahan terhadap serangan penyakit.
Menurut Gardening Know How, susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin dan gula yang dapat membantu menambah nutrisi serta membantu pertumbuhan tanaman yang lebih besar dan kuat.
Meskipun susu bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh tanaman sepanjang waktu, ini adalah cara yang bagus untuk penggunaan semula yang biasanya akan terbuang sia-sia, ianya memberi manfaat kepada tanaman dan bumi.
Bukan hanya susu basi kita boleh gunakan, malah sebenarnya boleh juga menggunakan susu segar, susu evaporasi atau bahkan susu formula.
CARA PENGUNAAN
Pertama sekali larutkan terlebih dahulu susu dengan nisbah air dan susu yang sama banyak. Kemudian, masukkan campuran ke dalam botol semburan dan semburkan ke daun tanaman atau tuangkan sedikit di sekitar pangkal tanaman seperti menyiramnya.
RISIKO PENGUNAAN SUSU SEBAGAI BAJA
Kekurangan kalsium akan menjadikan tanaman yang tumbuh bukan sahaja membesar secara tidak normal, malah tidak upaya menentang ancaman penyakit. Namun, penggunaan susu sebagai baja untuk tanaman pun ada risiko. Antaranya:
1. Penggunaan yang terlalu banyak atau berlebihan akan menyebabkan bakteria di dalam tanah rosak. Disamping itu, medium tanaman akan menjadi busuk. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan pertumbuhan tanaman
2. Apabila susu tidak dihadap sebaiknya oleh tanaman dengan cepat, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan tanah dan semut
3. Terdapat beberapa aduan yang mendedahkan, susu tepung yang digunakan untuk membaja tanaman menyebabkan akar pokok mereput dan rosak.
Oleh itu, jika memilih membaja tanaman dengan susu sebaiknya gunakan susu segar tanpa pengawit. Jumlahnya bergantung kepada saiz tanaman. Untuk pokok sayuran seperti tomato, cili dan terung yang telah matang, siramkan 1-2 sudu susu segar terus pada pangkal tanaman.
Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.