Hilangkan Kesan Karat Pada Perkakasan Dapur, Guna Spray Dari 3 Bahan Ini

Peralatan dapur yang berkarat bukan sahaja menjejaskan kebersihan makanan yang kita masak, tetapi juga boleh membahayakan kesihatan.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara-cara menjaga peralatan dapur agar terhindar daripada karat. Sebagaimana perkongsian wanita ini, puan Yati Eimra hanya mengunakan tiga bahan sahaja untuk mengatasi masalah karat pada alatan di rumah terutamanya dapur.

Hilangkan Kesan Karat Pada Perkakasan Dapur, Guna Spray Dari 3 Bahan Ini

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

Bahan:

  • 1½ cawan cuka
  • 7½ cawan air
  • 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Cara penyediaan:

  • Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak

*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama

Kegunaan semburan homemade serbaguna ini

  1. Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender.
  2. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.

3. Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Gunakan juga cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.

4. Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Untuk span basuh pinggan pun boleh. Spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.

5.Hilangkan bau hanyir

Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa

6. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas makanan yang berminyak, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

7. Bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’

Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.

*Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.

Sumber: Yati Eimra

Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply