Triumph Bakal Kembali Dengan Motosikal Supersport?

Triumph Motorcycles bakal melancarkan model terbaru mereka, Triumph Daytona 660, pada 9 Januari 2024. Pengumuman mengenai tarikh rasmi pelancaran tersebut telah dilakukan pada hari Selasa, menimbulkan kegembiraan dalam kalangan peminat motosikal di seluruh dunia.

Kedatangan Daytona 660 ini cukup dinantikan kemunculannya sejak beberapa bulan yang lalu, terutamanya selepas beberapa imej ‘spy shot’ tersebar luas di media sosial.

Kredit Foto : Website cycleworld via Bernhard M. Höhne/bmh-images

Peminat motosikal kini dapat menandakan tarikh pelancaran rasmi dan bersedia menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga 660 Triumph.

Kali terakhir Triumph menampilkan sebarang jentera dalam kategori supersport adalah pada tahun 2017 apabila menghentikan pengeluaran Daytona 675.

Walaupun membuat kejutan dengan edisi terhad Daytona 765  dan hanya 1,530 unit dihasilkan bagi meraikan kejayaanya sebagai pembekal enjin Moto2 pada tahun 2020, tiada model Daytona lagi yang dihasilkan selepas itu.

Kredit Foto : Website cycleworld via Bernhard M. Höhne/bmh-images

Daytona 660 dijangka membawa perubahan baharu ke dalam segmen ini dengan menggunakan enjin tiga silinder berkapasiti 660cc yang sama yang terdapat dalam Trident 660 dan Tiger Sport 660. Dengan spesifikasi ini, ia dijangkakan akan mempunyai kuasa kira-kira 80hp dan tork sebanyak 64Nm.

Dari segi rekaan, Daytona 660 dengan jelas akan meminjam beberapa ciri dari model-model 660 yang sedia ada, termasuk lampu depan yang diambil dari Tiger Sport 660.

Walaupun maklumat terperinci masih belum dimaklumkan, semua informasi akan terungkap pada 9 Januari akan datang. Peminat motosikal boleh menantikan kejutan dan inovasi yang bakal dibawa oleh model terbaru ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply