“Abah Gagal SPM Dapat 4E Tapi..” DATO’ ALIFF & Isteri Luah Rasa Bangga, Qadejah Menang Public Speaking!

Selain cantik macam ibunya, anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini juga seorang yang bijak, petah bertutur, rajin, kreatif dalam seni lukisan dan pandai memasak.

Paling mengkagumkan Qadejah sangat fasih berbahasa Inggeris! Memang terleka dibuatnya jika menonton video-video Qadejah bertutur dalam bahasa Inggeris. Lancar dan sedap didengar, Masha-Allah!

Bertuahnya Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan anak sehebat Qadejah El Zahra ini atau dikenali dengan panggilan Cess.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by panggilan manja cess (@qadejah_terlajaklaris)

Berkongsi detik manis baru-baru ini, Datin Nur Shahida ada memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya.

Beliau berkongsi momen ketika Qadejah menyertai satu pertandingan public speaking yang diadakan dalam suasana terbuka dan disaksikan orang ramai.

Paling membanggakan apabila Qadejah memenangi pertandingan itu. Hebatnya Qadejah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

“Hari ni saya luang masa saya tengok @qadejah_terlajaklaris ada atas pentas masuk pertandingan debat. Yelah Mama dia ni dulu tak mampu nak buat. Kita ni dulu nak bercakap dengan orang pun malu malu.

“Berbeza lah dengan anak dara sorang ni. Dia punya confident tu mcm @aliffsyukriterlajaklaris … Alhamdulillah sedikit sebanyak pertandingan debat ni boleh mengasah keyakinan dia, cara dia bercakap dan berinteraksi dengan orang ramai.”

Menjengah ke Instagram Dato’ Aliff pula, beliau meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan Qadejah.

Malah, kapsyen yang ditulis turut menyentuh jiwa pengikut-pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

“ABAH GAGAL SPM DAPAT 4E TAPI ABAH USAHA UNTUK ANAK ABAH TAK IKUT”

“Sebenarnya bukan peringkat Selangor pun hahah… Abah saja je berimpian….. supaya Cess berjaya lebih dari ABAH..”

Dato’ Aliff turut mendedahkan, ketika remaja beliau merupakan seorang pemidato dan pernah mewakili sekolah. Hebatnya! Baru tahu Qadejah rupa-rupanya banyak mewarisi bakat dan keyakinan Dato’.

“RAMAI YANG TAK TAHU SEBENARNYA DULU WAKTU SAYA REMAJA SAYA JUGA SALAH SEORANG PEMIDATO WAKIL SEKOLAH TAK SANGKA ADA ANAK YANG MENGIKUT..”

Kesimpulannya, walaupun mereka ini bergelar jutawan namun anak-anak dididik dengan baik, seimbang dunia akhirat. Diajar erti kesusahan dan perlu berusaha untuk medapatkan sesuatu.

Selain didedahkan dengan ilmu dan cara-cara berniaga sejak kecil, anak-anak Dato’ Aliff turut diberi kebebasan untuk menonjolkan bakat yang dimiliki.

Untuk info, Dato’ Aliff dan Datin Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.

Semoga keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri sentiasa dalam rahmatNya.

Kredit Foto: Instagram Datin Nur Shahida, Qadejah & Dato’ Aliff Syukri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

 

 

Comments

Leave a Reply