Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Didakwa, Dituduh Abai Anak Ketika Buat Urusan Dalam Talian

Ibu tertinggal anak dalam kereta didakwa, dituduh abai anak ketika buat urusan dalam talian. Pasti masih ramai mengingati kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kereta selepas ibunya menyangka anaknya sudah turun ke tadika ketika membuat satu urusan dalam talian kira-kira sebulan lalu.

Airis Heidi Mohammad Hafiz, dua tahun tiga bulan yang tertinggal selama lapan jam di dalam kenderaan  diberikan bantuan kecemasan namun ajal sudah memanggilnya.

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Didakwa

Hari ini, di Mahkamah Sesyen ibunya Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38 dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pengabaian. Bagaimana pun dirinya mengaku  mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan, wanita itu yang mempunyai perniagaan atas talian didapati melakukan pengabaian dengan meninggalkan anaknya, Airis Heidi Mohammad Hafiz yang berusia dua tahun tiga bulan dalam kereta hingga menyebabkan kematian di hadapan rumah di Ara Damansara, di sini, antara jam 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 November lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

“Syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Bayi 16 Bulan Meninggal Dalam Kereta, Bapa Terlupa Hantar Ke Rumah Pengasuh 

Anak Meninggal Selepas 10 Jam Dalam Kereta, Sepatutnya Mangsa Dihantar Ke Rumah Nenek

Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta, Ketika Tunggu Anak Balik Sekolah

Bapa Terlupa & Terus Ke Pejabat, Anak Meninggal Dalam Kereta Selepas 4 Jam

Dituduh Abai Anak Ketika Buat Urusan Dalam Talian

Bagaimanapun, peguam Nur Sari Fardiana, Datuk Hanif Hassan memohon jaminan RM5,000 selepas menyifatkan cadangan jaminan pendakwaan terlalu tinggi.

“Mangsa dalam kes ini adalah anak tertuduh, sepanjang lebih sebulan ini dia mengalami trauma dan perkara ini perlu diambil kira dalam menetapkan jumlah jaminan.

“Anak guam tidak dapat fokus kepada perniagaannya yang menyebabkan pendapatan merosot, selain tiada risiko melarikan diri dan memberi kerjasama sepanjang siasatan,” katanya.

Mendengar rayuan kedua-dua pihak, Dr Syahliza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan, selain menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa, jam 7 pagi pada hari kejadian.

Ibu mangsa berhenti sekejap sejurus tiba di tadika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian hingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi berkenaan.

Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply