Tip Tanam Pokok Bayam Supaya Lebih Manis, Lagi Sedap Dimakan

Sayur bayam yang manis memang lebih enak dimakan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa ada tip yang boleh kita guna jika menanam pokok sayur ini bagi menghasilkan bayam yang manis.

Bagi mendapatkan sayur bayam yang manis kita sebenarnya hanya perlu menjaga pencahayaan saja. Dikongsi oleh Harun Arun berdasarkan pengalaman beliau menanam bayam, ini tip yang dikongsi dan boleh kita praktikkan.

Tip dapatkan bayam yang manis

Bayam yang kurang merah macam ni, lebih manis, lembut dan sedap

Ini bayam yang saya tanam. Bayam ada separuh merah, benih sama, usia sama (22 hari) tapi warna berbeza.

-Yang kurang merah dapat cahaya dalam 2-3 jam sehari, tanam depan rumah.

-Yang menonjol merah dapat cahaya penuh dari pagi hingga petang, tanam tepi padang.

-Yang dapat cahaya penuh lebih cepat matang berbanding yang kurang dapat cahaya.

-Dari segi rasa sudah semestinya yang kurang dapat cahaya lebih sedap, lembut & manis.

Jadi tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.

Sumber: Harun Arun

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply