Limau Purut Mampu Hilangkan Keletihan Badan, Cara Penyediaan Sangat Mudah

Pernahkah terjadi kepada anda, rasa letih, lesu dan tak bermaya meskipun anda tidak berbuat apa-apa sepanjang hari? Keletihan ini boleh terjadi kepada semua tanpa mengira usia.

Limau Purut Mampu Hilangkan Keletihan Badan, Ini Cara Buat Air Mandian Ini

Bagi generasi muda mungkin kurang untuk mempercercayai petua-petua orang lama tetapi ia sebenarnya cukup baik untuk kesihatan kita. Tahukah, dengan mandi air daun limau purut badan kita yang letih akan kembali segar.

7 Khasiat Limau Purut (Termasuk Daun dan Minyaknya)

Lagi pun cukup mudah untuk memperoleh daun limau purut ini dan harganya tidak terlalu mahal untuk dibeli.

Bagi yang badan sangat lesu dan letih ini, boleh cuba petua ini.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda


Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Selamat mencuba!

Sumber / gambar : Pesan Bonda


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply