Berjalan dengan pantas atau lebih dikenali sebagai ‘Brisk Walking’ memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan lelaki. Walaupun aktivitinya mudah dan ringan kerana hanya berjalan, namun banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini.
Merujuk Healthline, ini 5 kebaikan aktiviti berjalan cergas buat kesihatan kita:
‘Brisk Walking’ Senaman Ringkas Cepat Bakar Kalori, Ini 5 Kebaikan Lain!
Mengurangkan berat badan
Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja.
Pengurangan kalori juga boleh menyebabkan anda kehilangan jisim otot. Melalui aktiviti berjalan cergas dan senaman lain, anda boleh mengekalkan otot pejal ketika berat badan semakin menurun.
Berjalan cergas juga merupakan aktiviti senaman aerobik yang boleh membantu mengurangkan lemak perut. Menurut Healthline, bukan sahaja lemak bawah kulit (subkutaneus) yang dapat dikurangkan, malah juga lemak tersembunyi dalam abdomen (visera).
Malah, senaman seperti berjalan cergas juga didapati meningkatkan kesihatan mental dengan cara menaikkan mood. Ini juga membuatkan anda lebih konsisten berjalan seterusnya membantu menurunkan berat badan dengan lebih baik.
Menambah baik kesihatan mental
Aktiviti berjalan cergas bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah mental.
Kajian mendapati, senaman seperti jalan cergas boleh meningkatkan keyakinan diri, membaiki tidur, membina kekuatan otak dan pelbagai lagi manfaat lain.
Membakar kalori
Aktiviti senaman seperti berjalan cergas memang diketahui boleh membantu tubuh membakar kalori. Namun, bukan semua orang dapat membakar kalori pada kadar yang sama melalui senaman sebegini.
Kadar pembakaran kalori setiap orang berbeza mengikut berat badan, umur, jantina, jumlah otot pejal, intensiti senaman dan tempoh senaman. Untuk membakar kalori yang lebih banyak, anda perlu berjalan dengan lebih pantas dan lebih lama.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah kalori yang dibakar berdasarkan berat badan dan kelajuan berjalan jika anda berjalan selama satu jam.
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Ada kajian mendapati, berjalan cergas sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Malah, senaman kardio yang berterusan juga membantu menurunkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) – yang turut dikenali sebagai kolesterol jahat – dalam darah.
Merendahkan kadar gula dalam darah
Dengan berjalan cergas, anda juga boleh meningkatkan kepekaan insulin. Kepekaan insulin membantu sel dalam otot menggunakan insulin untuk menyerap glukos menjadi tenaga, baik sebelum atau selepas senaman.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.