Daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia dan banyak digunakan dalam masakan tradisional. Jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Pokok Pandan Subur Tanpa Tanah, Rendam Dalam Air Pun Hidup
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Khasiat Daun Pandan:
- Aroma Wangi: Daun pandan mengeluarkan aroma wangi yang unik dan menyegarkan. Oleh itu, sering digunakan untuk memberikan aroma khas pada hidangan.
- Pewangi Semullajadi: Daun pandan digunakan sebagai pewangi alami untuk makanan, minuman, dan kuih tradisional.
- Penambah Rasa: Selain wangian, daun pandan memberikan rasa yang lembut dan unik pada hidangan seperti nasi lemak, kuih-muih, dan minuman.
- Sifat Antioksidan: Daun pandan diketahui mengandungi bahan antioksidan yang boleh memberi faedah kesihatan.
- Penyegar Mulut: Air rebusan daun pandan kadang-kadang digunakan sebagai penyegar mulut tradisional.
Sumber: Jue Jerry
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.