Tidur tak nyenyak, bermain tak selesa, semuanya kerana gara-gara asma yang menyerang anak kecil kita. Malah ada diantara anak-anak kita yang terpaksa bergantung kepada pemakaian inhaler bagi melancarkan pernafasan mereka.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, menjaga pemakanan anak disamping meningkatkan imuniti tubuhnya dapat membantu anak sembuh dalam masa setahun.
Kuncinya adalah dengan mengelakkan beberapa perkara dan makanan-makanan tertentu. Jom ikuti panduan yang dikongsikan oleh beliau.
Tips anak sembuh asthma sepenuhnya dalam setahun.
Kalau buat semua tips ni, perubahan kita boleh nampak dalam masa sebulan je, insyaAllah. Anak saya hampir didiagnos asthma. Doktor pakar dah bagi inhaler untuk guna di rumah.
Saya strict dengan makanan anak dalam tempoh 6 bulan, untuk pastikan anak betul sembuh dari asthma. Dan masih teruskan dengan pemakanan macam ni sampai setahun.
Dah tak ada episod batuk malam lepas 1 bulan buat semua ni. Dah tak ada cerita batuk berpanjangan lebih seminggu. Dah tak ada kisah pergi klinik jam 3 pagi untuk neb. Dah tak ada drama tak tidur malam risau tengok anak dada berlekuk dan wheezing. Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan dan izin menjadi.
Saya pulangkan inhaler pada doktor, sebab anak tak pernah guna sepanjang doktor prescribe. Nak anak sembuh sepenuhnya dari asthma, tak perlukan modal yang banyak pun sebenarnya. Cuma modal dari segi masa dan effort ibu ayah je, ini yang kena sangat-sangat tinggi.
Ada banyak kaedah rawatan untuk sembuh dari asthma. Yang saya share, ini yang saya buat. Dan alhamdulillah Allah izin menjadi untuk anak saya sembuh sepenuhnya dari asthma.
1. Stop terus semua makanan tinggi proses.
Makanan dalam pek, dalam tin, yang tahan sampai 2 – 3 tahun, saya stop beli. Tinggi proses, tinggi pengawet dan aditif.
2. Banyak bagi real food.
Stok buah sebagai snek kat rumah masa tu. Cari buah yang anak tak batuk bila makan. Makan nasi sebagai makanan utama.
Buah naga, epal, jambu, nasi, keledek, carrot, brokoli, ikan, ayam. Banyak je makanan anak boleh makan sebenarnya kan.
3. Tak ada roti dan susu di rumah.
Saya pastikan tak ada langsung dua makanan favourite anak-anak yang ini. Tak akan sesekali beli roti di kedai, buat sendiri kat rumah pun tak.
Cekodok, cucur bilis, apa-apa yang perlu guna gandum, pun saya stop kejap dari anak. Mee, spageti, pasta, semua ada gandum, saya stop jugak bagi anak. Atau ganti versi gluten free.
4. Banyak masak sendiri di rumah.
MSG tak dapat elak bila anak makan di luar. Bahan makanan yang trigger anak batuk, saya tak dapat kawal bila makan di luar. Jadi saya cuba masak setiap hari walau menu hanyalah ikan goreng dan sup sayur.
5. Tidur kualiti.
Pastikan anak tidur sebelum 10 malam. Tidur bantu kuatkan sistem imun anak.
6. Grounding
Setiap hari bawak anak keluar main di luar rumah. Jijak tanah atau rumput tanpa kasut.
7. Sunning
Tak ada hari berlalu tanpa bawa anak keluar untuk rasa cahaya matahari. Sunning kuatkan imuniti, baiki emosi anak. Sangat penting bila anak kerap tak sihat.
8. Bagi supplement dalam bentuk real food.
Saya banyak cari supplement dalam bentuk makanan, tanpa gula dan tidak toksik. Sihatnya tubuh badan anak, bermula dari usus yang sihat, jadi beri makanan yang baik-baik pada anak asthma.
Antara yang saya pernah guna;
– Minyak zaitun tinggi antioksida
– Minyak kelapa bersifat antiradang
– Air kelapa air detox sihat untuk anak
– Baobab powder sumber vitamin C
– Habbatussauda’ ibu kepada semua ubat
– Almanna baiki usus
– Madu bersifat antiradang
– Magnesium flakes untuk imuniti
– Essential oils yang support paru-paru
Kalau buat semua ni ubat kena makan ke?
Saya cadangkan, korang terus je rawatan dengan doktor yang merawat seperti biasa. Cuma, tambah 7 tips yang saya share, supaya anak bukan je terkawal dengan asthma, tapi terus sembuh sepenuhnya, tak perlu bergantung lagi dengan inhaler, insyaAllah.
Korang boleh try k, kalau dah buntu sangat macam mana nak urus anak asthma.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.