AVETA Malaysia Perkenalkan Aveta Service Corner, Inisiatif Buat Pemilik Motosikal

Aveta Motorcycles Malaysia mencatat satu pencapaian besar baru-baru ini dengan memperkenalkan Aveta Service Corner (ASC).

Dicipta untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam memiliki motosikal Aveta, ASC merupakan sebuah ruang khas di pusat jualan Aveta yang dilengkapi dengan kelengkapan istimewa untuk juruteknik bekerja pada motosikal Aveta.

“Kami berhasrat untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman hebat dalam memiliki Motosikal Aveta, dan itulah tujuan utama ASC. Kami bekerjasama dengan peniaga dan pusat servis yang komited dan mahir membaiki Motosikal Aveta,” jelas , Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motorcycles Malaysia, Steven Lim.

Tambah beliau, selain pengetahuan membaiki yang penting bagi seorang juruteknik, kelengkapan yang sesuai juga amat kritikal.

“Oleh itu, Aveta Service Corner lengkap dengan semua peralatan yang diperlukan untuk juruteknik menjalankan penyelenggaraan dan, jika diperlukan, membaiki mana-mana motosikal Aveta,” jelasnya lagi.

Kredit Foto: Aveta Malaysia

Bagi memastikan juruteknik sentiasa pada tahap terbaik dan mempunyai set kecekapan yang tepat, Aveta telah menyediakan latihan menyeluruh untuk bekerja dengan semua model yang ada. Selain daripada latihan, semua juruteknik turut diberikan t-shirt, manakala ASC akan dilengkapi dengan lift motosikal dan laci peralatan, yang turut disediakan oleh Aveta.

ASC pertama telah dilancarkan dengan kerjasama Ann Chuan Motor, pengedar Aveta di Klang. Ini merupakan ASC pertama dari 30 ASC yang dirancang akan dibuka di seluruh Malaysia pada tahun 2024.

Aveta Service Centre juga merupakan salah satu daripada tiga inisiatif Penjagaan Pelanggan, bersama dengan Mobile Service Fleet yang telah beroperasi dan pelantikan stokis yang komited yang dijangkakan pada tahun 2024.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply