Hilangkan Kotoran Dan Daki Alatan Rumah, Guna Dua Bahan Ini Saja

Tak perlu nak pening kepala dengan mencari pelbagai jenis pencuci untuk bersih dan kilatkan alatan rumah seperti kipas dan plug ini. Cukup dengan hanya guna dua bahan saja.

Malah, bahan ini selalu kita pakai sehari-hari. Ikuti perkongsian daripada Wan Said tentang pencuci resipi cinta yang membantu membersihkan kotoran dan daki yang ada pada alatan rumah.

Cara Bersihkan Alatan Rumah

Bahan yang diperlukan:

Cuka
Cecair pelembut
Air panas
Botol semburan

Caranya:
1. Masukkan cuka dengan anggaran satu penutup sahaja.

2. Campurkan dengan sedikit cecair pelembut.

3. Masukkan air panas ke dalamnya.

4. Goncangkan.

5. Boleh sembur dan bersihkan pada bilah kipas atau plug yang berdaki.
Terus berkilat.

Tak perlu nak bazirkan duit, guna dua bahan ini yang memang ada kat dapur dan kita guna pun tiap-tiap hari. Wangi dan berkilat lagi.

Sumber: Wan.Said (tiktok)


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply