Sedan Mewah Terbaik 2024? Mengapa Acura TLX Type S Layak Mendapat Perhatian Anda

Acura TLX Type S 2024 kini tampil dengan kemaskini baharu untuk model tahun 2024. Model ini menonjol dengan penampilan luar yang menyerupai Honda Integra, tetapi dengan dimensi yang lebih besar dan pilihan pemanduan “All Wheel Drive (AWD)” yang tersedia. Mari kita terokai lebih lanjut tentang ciri-ciri dan prestasi sedan mewah ini.

Kredit Foto : Website caranddriver

Model TLX Type S 2024 turut menampilkan kemaskini pada bahagian hadapan yang melalui proses telah reka semula dengan bampar yang lebih menarik dan dikemaskini dengan rekaan gril baharu serta penambahan ‘spiltter’ di bahagian hadapan menambahkan konsep sporty kepada kenderaan ini.

Desas-desus mengatakan harga permulaan TLX juga turut meningkat seiring dengan penghapusan model asasnya. Namun, tidak terbantut oleh kenaikan harga, TLX terkini menawarkan lebih banyak ciri-ciri baharu daripada model sebelumnya.

Kredit Foto : Website caranddriver

Bagi peminat kelajuan, TLX Type S adalah pilihan yang sesuai. Dilengkapi dengan pemanduan empat roda dan enjin turbo V-6 yang menghasilkan sehingga 355 kuasa kuda berbanding dengan model A-spec yang hanya menghasilkan  272 kuasa kuda.

Perbezaan prestasi antara kedua-dua model ini adalah ketara, dengan V-6 yang lebih pantas mencapai 60 mph dalam masa yang lebih singkat.

Kredit Foto : Website caranddriver

Rekaan dalam TLX mungkin kurang menarik di bahagian ruang belakang jika dibandingkan dengan beberapa model pesaingnya, namun ruangan kabinnya menawarkan rekaan ekspresif yang menekankan karakter “sporty”.

Bahan kabin yang berkualiti tinggi termasuk “open-pore wood” dan menggunakan material aluminium sebenar, memberikan satu sentuhan mewah kepada setiap model ini. Dengan tempat duduk depan berwarna merah untuk model Type S membawakan satu tema yang garang dan bertenaga.

Kredit Foto : Website caranddriver

TLX dilengkapi dengan sistem infotainment 12.3 inci yang canggih, dikawal melalui touchpad di panel bahagian tengah. Fungsi seperti Apple CarPlay, Android Auto, dan hotspot Wi-Fi standard, memudahkan anda menyangbungkan rakaian telefon bimbit anda ke dalam kereta.

Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan ciri-ciri seperti “forward-collision warning, “automated emergency braking”, “traffic-sign recognition” dan “driver-awareness monitor”.

Kredit Foto : Website caranddriver

TLX Type S dengan enjin V-6 355 kuasa kuda berada di kedudukan tertinggi dalam barisan TLX daripada segi prestasi dan harga. Dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaingnya seperti BMW M340i, TLX Type S tetap menawarkan nilai yang sangat baik dengan kelengkapan standard yang lebih baik.

Acura TLX 2024 membuktikan bahawa ia bukan sekadar sedan mewah biasa. Dengan kombinasi rekaan yang menarik, prestasi yang baik, dan teknologi canggih, ia menjadi pilihan yang menarik dalam pasaran sedan mewah.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply