Susah hati bila terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja atau disebabkan urusan lain. Bukan mudah untuk letakkan kepercayaan kepada orang lain untuk mengasuh anak kita, tambahan pula dengan macam-macam kes yang sering kita lihat di berita mahupun media sosial. Sebagai ibu atau ayah, bayaran bukanlah persoalan utama. Kita boleh usahakan, namun untuk mencari pengasuh yang diyakini dan ikhlas bekerja bukanlah mudah.
Banyak cara yang akan kita cuba untuk pastikan pengasuh yang dipilih sesuai dan ‘serasi’ dengan anak. Salah satunya adalah dengan bertanyakan kepada orang sekeliling yang mempunyai pengalaman ataupun kita akan cari sahaja di internet dan buat perbandingan. Namun, ianya bukanlah satu jaminan yang kita akan jumpa pengasuh yang terbaik.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Selain itu, ibu ayah mungkin akan membuat percubaan dengan menghantar anak mereka untuk dijaga oleh bakal pengasuh dalam tempoh tertentu. Ia sebagai ujian kepada anak untuk melihat sama ada anak selesa dan serasi dengan bakal pengasuh. Kebimbangan ibu bapa masih tidak terhenti disitu kerana kemungkinan keserasian anak dengan pengasuh tersebut hanyalah bersifat sementara. Susahnya!
Lebih menyukarkan apabila kita terpaksa meninggalkan anak sebentar, tapi pengasuh tiada atau pun taska ditutup. Mana nak cari pengasuh yang boleh kita percaya dan berpengalaman untuk jaga anak-anak dalam sekelip mata? Susah tu! Tak mungkin kita boleh percayakan sembarangan orang untuk menjaga anak-anak kita walaupun sekejap.
Tahniah! Kiddocare merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Platform Penjagaan & Asuhan Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Platform Asuhan Dipercayai, Pengasuh Bertauliah!
Usah risau lagi okay! Diasaskan oleh Pn. Nadira Yusoff pada tahun 2019, Kiddocare merupakan platform yang menghubungkan ibu ayah dengan pengasuh bertauliah dan berpengalaman. Paling bagus, mereka menawarkan servis asuhan kanak-kanak berdasarkan masa dan lokasi (atas permintaan).
Jadi, untuk ibu ayah yang terpaksa menguruskan hal penting secara mengejut atau mungkin hanya mahu meluangkan masa berdua, Kiddocare adalah pilihan yang terbaik!
Pada awalnya, platform asuhan ini dibentuk sebagai inisiatif untuk memberi kemudahan serta membantu ibu ayah yang bekerja dan pada masa yang sama mahukan pengasuh yang diyakini serta boleh dipercayai untuk menjaga anak-anak mereka.
Dengan menggunakan khidmat dari Kiddocare, ibu ayah tidak perlu merasa risau akan keselamatan anak kerana setiap pengasuh atau Kiddocarer telah menjalani pemeriksaan latar belakang yang komprehensif termasuklah rekod jenayah, ujian psikometrik dan pemeriksaan pemeriksaan perubatan.
Kredibiliti dan profesionalisme adalah pegangan Kiddocare yang boleh membantu ibu bapa dalam pemilihan pengasuh yang diperlukan melalui teknologi di hujung jari sahaja. Selain pemeriksaan secara komprehensif dari pelbagai sudut, Kiddocarer juga turut menjalani latihan asuhan bersama pakar industri asuhan kanak-kanak. Selain itu, setiap bakal pengasuh mesti melalui temuduga secara bersemuka dengan pihak Kiddocare.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 019-7350436 atau Whatsapp di 019-8830175. Boleh juga layari https://kiddocare.my/ atau media sosial Kiddocare:
Facebook: https://www.facebook.com/kiddocaremy2/
Instagram: https://www.instagram.com/kiddocaremy/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.