Rumah fesyen Malaysia, Mimpikita baru-baru ini meraikan lembaran baharu dalam ‘perjalanan’ legasinya selama 15 tahun #KitaLimaBelas dengan melancarkan flagship store pertamanya di The Exchange TRX.
Sambutan meriah itu berlangsung dalam dua slot yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mimpikita, Nurul Zulkifli, diikuti dengan upacara memotong reben.
Acara ini diserikan oleh tokoh industri fesyen dan peruncitan terkemuka Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nurul Zulkifli, Amirah Zulkifli, Ketua Pegawai Operasi (COO), Syahira Zulkifli, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Johary Mustapha (Ketua Pegawai Eksekutif Forest Interactive), Trevor Hill (Pengurus Besar The Exchange TRX), dan Sharifah Najwa Syed Abu Bakar.
Acara ini turut diserikan oleh pempengaruh media sosial, Friends of Brand dan #TheKitaGirls. Turut diadakan pelbagai aktiviti termasuk lawatan kedai, sesi ramah mesra serta bengkel bunga oleh BloomThis.
Mimpikita dan Kita&Co memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu #HerStory dan Comfort Curated.
Koleksi #HerStory mempamerkan keanggunan, pemerkasaan dan keperibadian tersendiri termasuk produk seperti Sequined Kimono Top, Glittered Pleated Skirts, selendang serta koleksi Tote Bag eksklusif kolaborasi dengan pelakon jelita, Elfira Loy.
Sementara Comfort Curated Kita&Co pula terdiri daripada LoungeWear Set, dress dan Short Sleeves Linen Shirts. Kolabirasi “Mimpikita x Elfira Loy” menyerlahkan imej bergaya Elfira Loy yang dipadukan dengan signature prints Mimpikita.
Kolaborasi ini sejajar dengan nilai jenama Mimpikita iaitu “Mengejar impian bersama, meraikan satu sama lain. Memberi inspirasi kepada wanita untuk mengejar aspirasi tanpa rasa takut.”
“Flagship store ini adalah bukti impian dan aspirasi kami. Mari kita teruskan impian mencipta dengan berani, dan meraikan keindahan kepelbagaian melalui seni fesyen” kata Nurul Zulkifli.
Bagi Elfira Loy pula, kerjasama dengan Mimpikita merupakan saluran terbaik untuknya berkongsi ‘perjalanan’ dan menyedarkan kaum wanita bahawa aspirasi mereka mampu dicapai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.