Hiasan dekorasi rumah jika kita dapat buat sendiri memang lebih jimat berganda berbanding beli yang siap pasang. Sebagai contoh cermin hiasan dinding ini. Memang puas hati hasilnya bila dapat buat sendiri. Ia mampu menjadi penyeri dinding sebagai ‘feature wall’ dan dapat memberi efek luas pada sesuatu ruang.
Baca perkongsian daripada Bujang Nineten ini yang buat sendiri frame cermin di rumahnya sebagai rujukan;
Alhamdulilah teringin nak ada cermin ni,tanya siap pasang boleh tahan harga nya,buat la frame sendiri. Sebab pernah tanya siap pasang harga dekat 3 kali ganda dari kos barang tu, nak menangis rasa, tu yang buat sendiri.
Nak tunggu rajin tu ambil masa juga. Cermin siap lama dah nak pasang tu ada masa betul free baru dapat buat.
Bahan Digunakan:
OSB board ukuran papan 7’x 4′
(Saya guna ni ketebalan 9mm ada lagi tebal boleh pilih ikut kegunaan sendiri)
Cermin diamond ukuran 3’x 6′ (Beli Dah Siap Potong)
(Order masa tu RM480,sekarang tak tau la. Lagi 1 ikut warna apa kita nak,cermin yang warna biasa tu murah sikit. Macam saya punya ni color grey)
Info Ekstra!
- Sebelum tampal cermin sapu clear dulu atau varnish kalau nak nampak cantik dan tahan lama.
- Cara gantung mulanya memang nak pakai hook tapi risau OSB tu pecah, sebab boleh tahan berat juga dah siap pasang cermin tu. Jadinya saya drill guna wall plug je lagi 1 pakai wall plug papan tu rapat dengan wall, cantik sikit.
- Kos RM 500+ lebih kurang semua sekali.
Mesti Baca:Bilik Tidur Berukuran 11 Kaki x 11 Tampak Luas, Trik Guna Katil Jenis Ini
Baca Lagu Di Sini:RUMAH TERES LAMA Usia 40 Tahun Berubah Wajah Dengan Konsep ENGLISH VICTORIA
Artikel Menarik:Cara Mudah Servis LUBANG KUNCI Tersangkut-Sangkut, Guna Pensel Karbon!
IMPIANA: Cantik bila gantung frame begini boleh jadi penyeri ruang kediaman. Buat sendiri memang lebih jimat.
Sumber:Bujang Nineten
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.