Minyak zaitun memang dikenal sebagai salah satu makanan sunnah yang memiliki banyak khasiat. Kehebatan buah zaitun ini sudah termaktub dalam Al-Quran.
ARTIKEL BERKAITAN : Jantung Kekal Sihat Dengan 3 Makanan Ini, Tinggi Serat & Berkhasiat
Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Minyak Zaitun Banyak Khasiatnya, Cuba Amal Minum 1 Sudu Setiap Pagi
Malah ia juga dibuktikan oleh kajian sains. Terlalu banyak manfaatnya untuk kesihatan dan disebabkan itulah ia seharusnya dijadikan amalan. Berikut adalah kelebihan amalan minyak zaitun yang disertakan dengan kajian sains.
Elak risiko sakit jantung, darah tinggi, strok
Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6. Ia juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
Cegah kanser payu dara
Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.
Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.
Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.
Turunkan paras kolesterol
Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.
Cegah Alzheimer, kuatkan memori
Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.
Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.
Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan minyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Cara amalan
Disarankan mengambil minyak zaiton ini setiap hari pada waktu pagi ketika perut kosong. Kuantitinya antara 1-4 sudu
Jenis minyak zaitun sesuai diminum
Tapi sebelum menjadikannya sebagai amalan perlu diketahui di pasaran ada beberapa jenis minyak zaitun iaitu Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin Olive Oil (VOO) dan BAsed Olive Oil (BOO).
Yang boleh diminum secara terus adalah jenis EVOO, ia melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun.
Minyak zaitun jenis ini tidak boleh digunakan untuk menumis kerana struktur minyaknya akan rosak malah menyebabkan berlakunya hipertrigliseridemia iaitu lebihan lemak dalam darah.
BACA LAIN : Ganti Gula Dengan 9 ‘Pemanis’ Ini Dalam Kopi. Lebih Berkhasiat & Sedap!
Sumber: Harian Metro & Zuriat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.