Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) Kongsi Tip Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Yatie Kamarzaman atau nama sebenarnya Noor Hayati Kamarzaman sedang menantikan kediaman barunya siap terbina. Lokasi rumah baru Yatie terletak di Seksyen 9, Kota Damansara.

Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar perniagaan namun wanita ini juga memiliki cita rasa yang mengkagumkan dalam menghias kediaman.

Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) Kongsi Tip Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya yang sedia ada juga kediaman barunya yang masih dalam pembinaan.

Berikut perkongsian terbaru Yatie tentang perkembangan pembinaan rumah barunya yang kini dalam proses perlaksanaan.

๐Ÿ“Œ Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian. If memang itu je budget yang ada dan planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.

๐Ÿ“Œ Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sbb MLTT ada hibah, saving dan coverage dalam insuran tu.

๐Ÿ“ŒMasa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi dan tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.

๐Ÿ“Œ Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hirelah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dgn PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.

๐Ÿ“Œ Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita dan architect ( PAM agreement) serta kita dgn main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up spy mengelakkan isu tak diingini.

๐Ÿ“Œ Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperit 30 tahun berhutang. Sebab tu kena dapatkan info selengkapnya.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda yanf bercadang untuk membina sendiri kediaman di atas tanah milik sendiri.

Sumber: Sumber: Instagram Yatie Kmrzmn via Impiana

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply