“Enam Bulan Tak Kerja & Baring” Alahan Teruk, Yana Samsuddin Kongsi Kisah Kehamilan Anak Ketiga!

Lain anak, lain alahan dan pengalamannya ketika mengandung. Bagi pelakon dan pengacara, Yana Samsudin, dia berdepan situasi dan pengalaman berbeza ketika hamil anak ketiganya kini.

Yana yang sarat hamil anak ketiga ini mengakui alahan yang dialaminya begitu teruk sehingga tidak dapat bekerja malah muntah sepanjang masa serta berbaring di awal trimester kehamilannya.

Tambah Yana lagi, sepanjang enam bulan pertama kehamilannya, dia hanya terbaring dan kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Yang ketiga ni saya memang baring saja. Tak boleh nak kerja dan muntah sepanjang masa, tak boleh nak makan serta minum dan mungkin ini adalah rasanya pengalaman para ibu hamil kot,” kongsi Yana.

Berbeza dengan kehamilan dua anaknya sebelum ini, akui Yana, ia lebih mudah berbanding hamil kali ketiga.

“Anak pertama saya tak ada alahan langsung dan dah dekat lima bulan baru saya tahu saya mengandung. Semua benda saya makan dan waktu lahir pun taklah terasa sakit sangat.

“Anak kedua pula waktu tu time PKP, pagi saja saya alami alahan tapi malam saya main game. Keadaan saya normal saja, tak adalah yang pelik-pelik tapi ketiga ni memang teruk sikit sebab hanya baring saja.

“Pergerakan saya sebelum ni semua suami yang lakukan dan saya hanya mampu terbaring dan kerap masuk hospital,” kongsinya lagi.

Persiapan seminggu sebelum anak lahir

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini juga, dia dan suami lebih suka membuat persiapan bila sampai waktu melahirkan.
Semuanya kerana masalah PCOS yang dihadapinya membuatkan dia sentiasa merasa bimbang dan berjaga-jaga.

“Saya dan suami ni memang sempoi, biasanya kami seminggu nak bersalin barulah kami beli keperluan bayi. Dua anak sebelum ini memang kami tak tahu jantina anak, nak selamat kami beli warna putih sahaja.

“Biasanya bila dah hari kedua lahir barulah suami pergi beli baju dan kelengkapan anak. Saya ni ada PCOS jadi saya bimbang samada kandungan saya baik atau tidak.

“Saya cuba kurangkan keghairahan saya untuk timang anak sebab saya bimbang. Saya ni kalau boleh tak mahu terlalu berkongsi cerita kerana saya tak mahu mengguris mana-mana perasaan ibu yang baru menanti kehamilan.

“Mana yang tahu saya hamil, doakanlah saya selamat melahirkan dan saya juga doakan bagi yang menantikan zuriat moga dikurniakan rezeki suatu hari nanti,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Yana dan suami, Fadzil Zahari turut dikurniakan sepasang cahaya mata.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply