Daun Kucai sering digunakan dalam masakan. Ditumis begitu sahaja, dicampur dalam sup, kuetiaw atau meehon. Ada caranya untuk tanam daun kucai di laman rumah sendiri. Memang menjadi hasilnya, elok hidup subur.
Ini tip tanam daun kucai yang dikongsikan oleh Leo Lee dari Grup Berkebun Tepi Rumah Sendiri yang boleh dijadikan panduan.
1. Guna Biji Benih
Saya suka makan daun kucai. Kucai ini ditanam dengan biji benih yang di beli.
2. Simpan Seminggu Dalam Peti Sejuk
Biji benih yang di beli perlu disimpan di peti sejuk selama seminggu. Ini kerana biji benih itu perlu rehat dalam keadaan sejuk, kemudian perlu dibangunkan dengan air suam.
3. Semai Dalam Polybag/ Pasu/ Tanam Tanah
Selepas itu dikeluarkan dan direndam dalam air suam selama 20 minit, kemudian disemai di tanah dalam pasu atau polybag di tepi rumah.
Boleh beri baja tinggi N(nitrogen) supaya daunnya lebar.
Kucai ditanam sekali boleh makanya bertahun-tahun. Daun kucai berkhasiat untuk kesihatan kulit, rambut dan lain-lain.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Tanam KACANG BOTOR Guna Cocopeat Terpakai Lagi Bagus, Buah Lebat Merimbun!
Baca Lagi Di Sini:CILI KAMPUNG Sekali Petik Dapat Sedulang, Pangkal Pokok Tutup Dengan Sabut!
Artikel Menarik:NENAS Sarawak Subur Tepi Rumah, Berbuah Besar Tanam Dalam Polibeg
IMPIANA: Mudah rupanya nak tanam daun kucai sendiri di rumah. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.