Lepat Jagung, Tak Perlu Guna Daun Pisang, Ini Resipi Cara Nak Buat

Makan lepat jagung panas-panas lepas angkat dari periuk kukus memang sedap. Paling best bila tergigit ketulan-ketulan jagung halus yang sengaja tidak dikisar halus. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.

Keenakan lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih.

Lepat Jagung, Tak Perlu Guna Daun Pisang

BAHAN-BAHAN:

2 tongkol jagung (disagat/ guna mincer atau kisar dengan santan)*
1 tongkol jagung (dihiris halus)*
1 cawan santan ( ¾ santan pekat dicampur ¼ air)*
½ cawan tepung beras*
¼ cawan tepung jagung*
¼ tepung gandum*
¼ cawan gula*
Secubit garam*
Kuit jagung (dicuci bersih)

Ini Resipi Cara Nak Buat

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan bertanda (*) di dalam periuk. Kacau atas api yang sederhana sehingga sebati dan kental.

 

2. Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus. Cedok sedikit bancuhan lepat tadi ke dalam kulit jagung dan kemaskan.

 

3. Setelah siap, susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa lebih kurang 20 minit.

4. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan ketika panas-panas.

Kredit: Lily Marion

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply