Mitos atau Fakta, Tip Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Mana Yang Betul?

Tidak dinafikan di negara kita terdapat golongan kurang berkemampuan merasa agak terbeban dengan kenaikan harga minyak petrol. Akan tetapi tahukah anda Malaysia sebenarnya di antara negara yang mempunyai harga petrol yang paling rendah di dunia?

Namun begitu pelbagai cara yang masyarakat akan cuba untuk lakukan supaya mendapat penjimatan maksimum sewaktu mengisi petrol.

Terdapat beberapa cara tradisional yang sering diamalkan oleh orang ramai, namun adakah semua cara tersebut benar-benar berkesan atau hanyalah mitos semata-mata?

Mari kita kupas beberapa mitos popular tentang penjimatan minyak sama ada ia berkesan atau tidak.

  1. Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Jimat

Banyak yang percaya mengisi minyak pada waktu malam dapat menjimatkan minyak kereta. Ini mungkin disebabkan kepercayaan bahawa minyak akan menjadi lebih tumpat pada suhu yang lebih sejuk. Namun, hakikatnya, perbezaan cuaca tidak memberikan impak yang ketara. Penjimatan yang diperoleh mungkin hanya dalam lingkungan 2 hingga 3 sen sahaja.

  1. Letak Gear ‘N’ Ketika Mengisi Minyak

Pengguna kereta automatik sering kali meletakkan gear dalam kedudukan ‘N’ atau neutral semasa mengisi minyak, percaya bahawa ini dapat mengelakkan minyak daripada disalurkan ke dalam enjin. Walau bagaimanapun, hakikatnya, kedudukan gear tidak mempunyai kaitan langsung dengan proses penyaluran minyak ke dalam enjin.

3.Menggoncang Kereta Selepas Mengisi Minyak

Ada yang mengamalkan tabiat mengisi minyak sehingga penuh dan menggoncang kereta untuk memastikan tangki penuh. Namun, jika tangki sudah penuh, menggoncang kereta tidak akan memberi ruang ekstra. Amalan ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan manfaat tambahan dan boleh menjadi bahaya.

 

  1. Jangan Isi Minyak Ketika Tanker Sedang Loading

Beberapa orang percaya bahawa tidak sepatutnya mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Mereka risau minyak yang disalurkan akan berkeladak. Namun, setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line, memastikan minyak yang disalurkan ke kenderaan sudah ditapis dengan baik.

Sebelum mengamalkan sebarang teknik atau cara, penting untuk melakukan kajian sendiri. Cari sumber bacaan yang dipercayai dan gunakan logik akal.

Dengan memahami mitos dan fakta seputar penjimatan minyak, kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam menguruskan penggunaan minyak kereta kita. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply