Bilik Tidur Berukuran 11 Kaki x 11 Tampak Luas, Trik Guna Katil Jenis Ini

BILIK tidur merupakan tempat paling penting dalam sesebuah rumah kerana ia menjadi ruang privasi untuk kita berehat.

Namun, kebiasaan saiz bilik tidur yang dibuat oleh pihak pemaju kini adalah kecil dan sempit. Jadi sebagai pemilik rumah tentu ada yang tidak berasa selesa dengan keadaan ruang sebegitu. Apatah lagi jika jika di dalam bilik tersebut disaratkan dengan katil, almari pakaian, meja belajar dan lain-lain kelengkapan.

Untuk itu, tentunya kita tercari-cari idea untuk menjadikan ruang bilik menjadi lebih selesa dan luas. Jadi apa kata anda lakukan DIY atau serahkan pada yang mahir dalam pertukangan kayu seperti yang diilhamkan oleh pemilik akaun facebook Anisah Abdul Halim ini.

Difahamkan bilik anak lelakinya  sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft  nampak cukup selesa.

Difahamkan bilik anak lelakinya  sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft  nampak cukup selesa.

“Bilik tidur dengan keluasan 11′ x 11′ terpaksa la buat katil kat atas. Ala alas tiny house gitew. Baru lah nampak luas dan tenang,” ujarnya di ruangan kepsyen.

Selain itu menurutnya, sebelum dilakukan tranformasi ruang, suami dan anak lelakinya mencari idea dan lakaran 3D dihasilkan untuk memberi gambaran jelas pada tukang untuk menghasilkan rekaan katil yang diingini.

Apabila ditanya berkenaan kos, ujarnya tidaklah mahal sangat kerana dia menggunakan tukang kampung sahaja.

“Kebanyakannya kami guna semula katil lama untuk dijadikan rak, bahkan tangga katil sebelum ini juga kami gunkan bagi melengkapkan lagi rekaan katil jenis loft tersebut. Kos sebenar, saya pun tak pasti sebab kami tempah bersama-sama  dengan kelengkapan lain juga. Mungkin dalam RM1K,” jelasnya lagi.

Apa yang pasti dengan menggayakan ruang bilik menggunakan katil jenis loft ini menjadikan ruangan bilik lebih nampak luas. Ini kerana penggunaan ruang dapat dilakukan dengan lebih efisyen.


Untuk itu, untuk anda yang tercari-cari idea untuk menyelesaikan maaslah ruang bilik yang sempit bolehlah jadikan idea yang dikongsikan oleh Anisah Abdul Halim ini sebagai inspirasi.

Semoga bermanfaat!

Sumber :  Anisah Abdul Halim 

Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pengering Baju ‘Dryer’ Ramai Yang Tak Tahu Fungsi & Kelebihan Dryer Ini
Mesti Baca:Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju
Artikel Menarik:Peralatan Di Dapur Bukan Sekadar Ikut Suka Hati Letak Hingga ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Shima Sharuddin

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply