Walaupun Kawasaki tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, namun Ninja ZX-10R terus popular dan menjadi salah satu pilihan utama peminat superbike.
Nama ‘Ninja’ akan sentiasa menjadi tanda pengiktirafan dan keberkesanan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R, Kawasaki kini memperkenalkan edisi terhad Ninja ZX-10RR Winter Test.
Berbeza dari sebelum ini, kali ini hanya 25 unit sahaja untuk yang dikeluarkan untuk model ini.
Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini dibangunkan secara khusus oleh Pasukan Perlumbaan Kawasaki (KRT) yang turut bersaing dalam WorldSBK. Motosikal ini mempunyai kuasa 214hp dan tork 112Nm yang memukau.
Seperti biasa, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini datang dengan rekaan yang sama seperti jentera Winter Test pasukan KRT WorldSBK. Juga dilengkapi dengan plat bernombor pada pelindung tangki dan ekzos Akrapovic sebagai standard.
Sebagai bonus menarik, pembeli akan menerima dua pas VIP untuk menghadiri mana-mana pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka. Ini memberikan akses khas ke hospitaliti KRT dan peluang untuk bertemu dengan pelumba utama, Alex Lowes dan Axel Bassani.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.