Vitamin C sememangnya bagus untuk kulit dan tubuh kita namun jika diambil berlebihan akan memudaratkan tubuh.
Malah jika diambil terlalu berlebihan akan membebankan buah pinggang dan hati kita. Hal ini dikongsikan oleh Dr Erna Nadia. Ikuti perkongsian beliau.
‘Dr, isteri saya alami pendarahan teruk sejak mengandung. Dah dua kali mengandung, yang first pun macam ni juga, last last tak jadi.’
Siasat punya siasat, memang isteri dia ada pelbagai masalah kesihatan sejak kahwin.
Masa bujang, isteri dia selalu cucuk vitamin C dan makan ubat kurus serta beberapa supplement.
Alasan yang super cliche; sebab nak putih, kurus dan lawa. Isterinya stop selepas hamil pertama kali di mana banyak komplikasi berlaku dan kandungan tersebut gagal.
Setelah 3 tahun mencuba, kali ini berjaya hamil semula dan tetap ada pendarahan. MashaAllah. Semoga kandungan kali ini berjaya dan dipermudahkan.
Inilah sebab kenapa saya dan doktor doktor lain selalu cakap akan bahayanya produk cucuk cucuk vitamin C la, ubat kurus la, supplement cantik la, jamu yada yada yada.
Penat dah saya kena maki dengan founder dan agent mereka. Tak apa, saya terima dan Alhamdulillah atas cacian.
Saya nak cakap yang sayangilah badan dan organ badan anda. Vitamin C ini adalah nama lain dia adalah asid askorbik; sejenis nutrient yang larut dalam air.
Dos yang diperlukan sehari oleh orang dewasa adalah 90-100mg sahaja sehari dan untuk wanita mengandung 100-120mg sahaja sehari. Jika terlebih, ianya membebankan buah pinggang dN hati kita sahaja.
Banyak kes batu karang berlaku disebabkan oleh terlebih ambil vitamin C. Rawatan cucuk vitamin C ini memang ada penyakit yang perlukan ia contohnya macam penyakit Skurvi di mana seseorang memang ada masalah malnutrisi yang teruk.
Apa berlaku jika terlebih ambil atau salah cara ambil?
1. Buah pinggang akan rosak teruk
Penyerapan zat besi yang terlampau banyak akan membebankan buah pinggang dan merosakkan fungsinya. Bila dah rosak, banyak masalah lain akan timbul sama, seperti batu karang, buah pinggang bocor dan akhirnya perlu cuci buah pinggang.
2. Darah tinggi
Kerosakan buah pinggang juga boleh menyebabkan berlaku darah tinggi. Tekanan darah yang tidak dapat dikawal dengan baik oleh organ organ dalam badan.
3. Masalah kulit
Masalah ini akan berlaku di kemudian hari dimana kulit menjadi merah, terbakar, hyperpigmentasi ( jeragat contohnya) dan paling bimbang adalah meninggikan risiko mendapat kanser kulit.
4. Masalah darah/hemolisis
Vitamin C yang terlebih juga akan menganggu fungsi hati di mana hati tidak dapat lagi mengawal proses penghasilan dan penyingkiran darah dengan baik.
Hemolisis adalah keadaan di mana sel darah merah dimusnahkan walaupun belum matang. Ini berbahaya terutama pada pesakit G6PD.
5. Masalah radang perut/usus
Kerana asid yang tinggi, dinding perut dan usus boleh terhakis sedikit demi sedikit. Belum lagi cerita bab ubat kurus yang kebanyakkan ingredients dalamnya adalah laxative.
Laxative inilah yang akan membuatkan seseorang itu asyik membuang air besar sahaja yang mana lama lama kelamaan organ dalaman menjadi kering dan rosak.
Dah banyak kes kematian akibat pengambilan ubat kurus ni. Sedih sangat bila tengok keadaan pesakit bila datang klinik/hospital.
Asian pregnant women indoors
Nak taknak mereka perlu menanggung semua kesan sampingan dan akibat daripada pengambilan produk produk itu semua.
Doktor marah? Lebih kepada kecewa. Siapalah kami untuk berkata lebih. Hanya boleh menasihati sahaja.
Jika mahu kurus atau turun berat badan:
* Kawal makan dengan baik, bukan tak makan tapi kawal portions makanan dan jaga waktu makan.
* Jangan biar perut kosong.
* Bersenamlah setiap hari.
* Tukar semua air manis ke air kosong.
* Dapatkan tidur yang berkualiti.
Tiada nasihat untuk putih sebab Allah jadikan semua orang berbeza beza; sesuai dan elok dengan fitrah kita dah.
Jaga diri dan kesihatan baik baik sebab nyawa, kesihatan dan organ badan ni Allah bagi pinjam sekali sahaja🤙🏻
Dr. Erna Nadia
Dari kita membeli yang bukan bukan, baik beli makanan segar.
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!
Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.