14 negeri dengan 60 tempat OOTD, berbekalkan sebuah kereta buatan Malaysia dan seorang kawan sebagai peneman, Mohd Zaki menjelajah seluruh Malaysia dalam masa sebulan.
Jika sebelum ini, dia pernah berkongsi port OOTD di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, nampaknya kali ini Mohd Zaki mengembara ke lebih banyak tempat yang ada di seluruh Malaysia.
Menjejaki tempat-tempat menarik ada di seluruh Malaysia, lelaki ini mengabdikan gambar-gambarnya di spot yang menjadi tumpuan pelancong dengan memegang bendera setiap negeri yang dilawatinya.
Cukup unik dan tersendiri, siap dengan bajet dari sebuah negeri ke negeri yang lain, dari Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak, kalau ada yang ingin mengikuti jejak Mohd Zaki bolehlah jadikan posting ini sebagai panduan.
Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang pengembaraan lelaki ini, ikuti perkongsiannya:
14 Negeri & 60 Tempat OOTD
Road Trip Malaysia Budak Merah DONE !
14 Negeri & 60 Tempat OOTD
Alhamdulillah.. settle wish list kali ini..walaupun aku sudah banyak kali sebenarnya buat road trip di Malaysia ni tapi yang ni special sikit sebab kena drive pakai kereta sendiri dan juga drive 14 negeri berturut turut dengan wajib mengibarkan bendera di setiap negeri masing masing dua minggu di Semenanjung dan dua minggu di Borneo.
Route KL : USJ – Mersing – Desaru -JB – Pulau Mawar- Bandaraya Melaka – Seremban -Jelebu- Dungun – Kuala Terengganu- Marang -Jerteh- KB Kelantan -Bachok – Perlis – Kodiang -Alor Setar Kedah – Geargetown Penang – Ipoh Perak- Cameron Highland Pahang – KL – Putrajaya – Shahalam Selangor – USJ (3450KM Drive).
Route Borneo : Semporna – Kota Kinabalu – Sipitang – Sindumin – Lawas – Brunei – Miri -Bintulu -Sibu – Sarikei -Kuching – Bintulu – Miri – Brunei -Lawas – Sipitang – Kuala Penyu – Papar -Membakut – KK – Kundasang- Tambunan – Tawau – Semporna (6000KM Drive).
Total kos minyak route KL RM850 ÷ 2
Total kos minyak route Borneo RM600 ÷ 2
Aku topap T&G RM500 ÷ 2..ada baki RM180.
(T&G hanya dipakai untuk route KL & bayar sekali untuk parking).
Tempat tempat OOTD yang aku pergi ni ada yang kena bayar dan ada yang free.
Day Trip Mersing RM170/pax
Desaru Water Park RM75/pax
The Shore Sky Melaka RM25/pax
Flying Fox Pantai Siring Melaka RM20/pax
Menara Taming Sari RM17/pax
Camping 3D2N Berdebu Waterfalls RM250/pax
Tasik Timah Tasoh RM5/pax
Menara Alor Setar RM25/pax
The Top Komtar Penang RM75/pax
Kellie Castle Perak RM5/pax
Cameron Highlands Flora Park RM50/pax
Brunei Immigration RM40/pax
Bako National Park RM50/pax
Air Terjun Susung Kuching RM50/pax
Bukit Batu Selabat RM35/pax
Air Terjun Mahua RM3/pax
Island Hopping Semporna RM150/pax
(Total RM1045/pax untuk aktiviti berbayar)
Total kos hotel untuk route KL RM600 ÷ 2 (Mersing, JB, Melaka, Seremban, Kuala Terengganu, Penang & Kuala Lumpur )
Total kos hotel untuk route Borneo RM880÷2
( Sibu, Kuching, Bintulu, Sipitang & KK)
Note* Kos penghantaran kereta KL -KK RM1550. Mengambil masa 12 hari untuk sampai ke pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu bergantung dengan keadaan laut. Btw, sebelum ni aku menetap & berkerja di USJ bertahun tahun lamanya dan tahun ni aku dah nekad untuk menetap di Kampung (Semporna).
Kos makan minum tak kira sebab trip ni bukan jalan jalan cari makan..aku bukan food lover tapi kaki ootd untuk tempat tempat lawa ja. Anggaran kos sepanjang road trip ni mungkin dalam RM1200 ÷ 2 termasukk segala jajan jajan duk mengunyah sambil drive .
Total Kos untuk semua sepanjang 14 negeri ni RM6720 ÷ 2 , means untuk seorang kos hanya RM3360 ! (Kos penghantaran kereta, tiket flight, bendera dan service kereta tidak termasuk )
Alhamdulillah sepanjang trip ni kereta langsung tak buat hal tapi agak terseksa juga sebab kena drive non stop. Route KL aku xda masalah sebab highway semua ok kecuali SABAH SARAWAK ! memandangkan dua negeri ni tengah buat PAN BORNEO HIGHWAY..agak stress juga drive sebab banyak pembinaan jalan, jalan raya berlubang, banjir & jalan rosak. So siapa yang mahu buat road trip Sabah Sarawak tu better tunggu Pan Borneo SIAP
Trip ni bukan trip solo ya tapi pergi dengan member seorang..nak drive seorang seorang tu boleh mampus juga tu haha…TQ btw bffku Azni Gain setia bersama dari awal trip sampailah ke akhir trip…juga jadi pembantu drive bila aku sudah penat, jadi photographer yang terpaling perfect & juga jadi videogrpaherku yang terpaling sabar
Kisah sepanjang road trip ni aku abadikan dalam aku punya IG story highlight..korang boleh follow @keebudakmerah & tengok segala moment2 kesusahan, kepayahan, kepenatan, kegembiraan, kecantikan,halangan dan segala macam yang berlaku sepanjang road trip ni
Kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh terus ke Instagram Mohd Zaki @keebudakmerah
Kredit: Mohd Zaki
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.