Pilih Pakistan Destinasi Percutian, View Setanding Swiss & NZ Tapi Harga Lebih Murah. Wanita Ini Kongsi Apa Menarik Di Sana!

Pakistan destinasi percutian yang kini sering menjadi pilihan ramai. Merupakan negara muslim dan kaya dengan keindahan bentuk muka bumi yang tiada tandingannya.

Berpeluang menjejakkan kaki dan meilhat sendiri keindahan yang ada di Pakistan, membuatkan Warda Hanim teruja dan ingin berkongsi apa yang menarik dan perkara yang perlu traveler lain tahu bila membuat perancangan ke Negara tersebut.

Mempunyai keindahan dan kecantikan yang setanding dengan negara Switzerland dan juga New Zealand, Wanita ini menyatakan negara yang kaya dengan pemandangan gunung-ganang itu selamat untuk dilawati.

Lebih murah berbanding dua negara yang disebutkan di atas, bagi traveler muslim juga ia lebih mudah dari aspek untuk mencari makanan halal dan juga tempat untuk menunaikan solat.

Namun turut dititipkan beberapa pesanan untuk yang mempunyai perancangan ke sana, namun itu semua menurut Warda adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri sepanjang bercuti ke sana.

Nak tahu kenapa wanita ini memilih Pakistan, ikuti perkongsiannya bersama gambar-gambar menarik yang sempat dirakam ketika bercuti di Pakistan.

Kenapa Pakistan?

Ramai yang tanya. Tapi rasanya lepas tengok gambar-gambar di sana, mesti korang faham kenapa kan. Memang asalnya teringin pergi sebab pernah tengok gambar-gambar cantik di sini. True enough and the pictures don’t do justice. Kena pergi dan experience sendiri. MasyaAllah, subhanallah, yang tu sajalah nak cakap. Cantik sangat-sangat ciptaanNya Insaf akan keagungan yang maha Pencipta.

Nak cerita sikit… tapi macam akan panjang… sebab macam terajin pula Kalau minat, jemput baca… Tapi kalau salah janganlah kecam ya. Ni cerita daripada pemerhatian peribadi dan apa yang diceritakan oleh guide. Korang janganlah pula malas baca, ulang soal yang dah ditulis.

– Kalau nak pergi, insyaAllah sekarang selamat tak de perang sana-sini. Banjir besar hari tu di selatan. Kami ke utara. Boleh tengok peta… jauhhh… Jadi tak terjejas. Saya ikut Jeju Muslim Travel. Saya dah pernah ke Switzerland dan NZ, kos sana sangat mahal, jadi apa kata beralih ke sini. View setanding sana, insyaAllah. Nak makan dan solat senang. Dapat juga bantu jana pendapatan negara Islam.

– Untuk warga berusia atau yang kaki tak kuat, mungkin kurang sesuai. Sebab bila sampai satu-satu tempat tu kena jalan agak jauh, jalan turun naik berbukit.

– Kalau yang tak tahan ke toilet tu lagilah. Memang mencabar menahan 3-4 jam juga sementara nak sampai kalau long journey, sebab bukannya ada banyak R&R macam kita. But the best part, toilet diaorang generally bersih hokayyy… malu wey kalau banding dengan Malaysia!! Dan tolonglah malu dan jaga kebersihan.

– Melalui Karakoram Highway tu perghhh… siapa tak tahan tu, spare minyak angin jelah Driver pulak… perghhh juga. Rasa macam terbang, tak kiralah selekoh ke, berbatu ke, berlubang ke, berdebu ke, selisih lori besar-besar ke, tepi gaung ke… kena berdoa dan yakin sajalah. Sepanjang kat sana, satu accident pun tak jumpa. Alhamdulillah!! Yang naik motor pun jarang pakai helmet!! Dan akan ada kambing, lembu, keldai, anjing, ayam melintas dengan santai juga.

– Makanan sepanjang di sana – nasi putih/beriani (basmathi) – sedap!!, roti bakar/canai/pratha/capati, kuah kari, dal, masak merah, telur, tomato, bawang, timun dan lobak putih. Air mineral dan chai (teh susu) atau green tea. Diaorang jarang ada kopi. Yang herannya, dah makan nasi, boleh lak sis tambah dengan roti. Apa nak jadi ntah. Menu berulang tapi Alhamdulillah laju lak masuk perut. Sejuk agaknya (alasan)

– As mentioned earlier, kaum wanita memang tak keluar kalau di luar bandar. Hanya lelaki yang bekerja dan keluar beli barang-barang. Jadi kalau kat luar kawasan rumah, memang lelaki saja semuanya. Minta nak bergambar dengan perempuan pun diaorang tak benarkan kecuali kanak-kanak perempuan. Yang di bandar, totally exposed. Boleh free hair, make up dan keluar dengan lelaki dan perempuan.

– Budak-budak kat sana, masyaAllah comel-comelnyanya!! Mata pun macam-macam colour. Bila dah dewasa… korang nilaikanlah sdiri. Citarasa masing-masing kan

– Internet line & wifi – macam biskut dan siput. Jarang dapat yang laju. Sesuai untuk relax from work and socmed.

– Most importantly, nak travel kena agile. Kena faham keadaan, itinerari mungkin berubah disebabkan keadaan, cuaca, dan lain-lainl. Perjalanan 4-5 jam pun dah jadi 13 jam untuk kami. Ada sekali tu, 7-8 jam dah jadi 17 jam sebab ada jambatan runtuh, salji tebal & jalan ditutup. Terpaksa divert dan ada tempat cantik tak dapat visit Yang disangka autumn pun boleh tiba-tiba hujan lebat malam sebelumnya dan salji turun (brrrr… tapi yeayyy!!). Yg penting, jangan complain dan marah-marah (macam sesetengah orang tu… ooppss!!). Enjoy the moment and experience. Kalau ada geng bas yang sama-sama kepala masuk air lagi best. Lots of love #gengcah9524 #nowifinosilent

Kredit: Warda Hanim

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply