Wanita Ini Kongsi Trip DIY Family Ke Switzerland. Guna STP Naik Turun Public Transport Lebih Senang & Jimat, Anak Kecil Percuma Je!

Makin ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Switzerland kerana negaranya yang cantik dan mempunyai banyak tarikan tersendiri. Menjejakkan kaki ke sini bagaikan berada di ‘syurga dunia’, semua tempat mempunyai pemandangan yang awesome. Pendek kata boleh penuh memory telefon bimbit dengan gambar-gambar.

Selepas membawa keluarga ke New Zealand pada tahun 2018, tahun ini melakar lagi sebuah kenangan buat Nur Atiqah Adon dan keluarga apabila impian untuk bercuti ke Switzerland menjadi kenyataan.

Membawa anak-anak yang masih kecil berumur antara tiga hingga sembilan tahun tidak sedikit pun membataskan keseronokkan keluarga ini untuk menikmati setiap sudut Switzerland yang dilawati.

Semuanya bagaikan dipermudahkan, bermula daripada mendapatkan tiket sehinggalah sepanjang percutian, anak-anak Atiqah enjoy setiap momen mereka sekeluarga di sana.

Turut memberikan beberapa info penting kepada pembaca yang lain, ikuti perkongsian wanita ini:

FAMILY TRIP TO SWITZERLAND2022

Selepas 2018 DIY travel ke New Zealand , Alhamdulillah 2022 Allah izinkan lagi untuk travel, ke Switzerland pula dengan suami & anak-anak (3, 6 & 9 tahun). Macam tak percaya angan-angan dah jadi kenyataan . Kebetulan awal Jun 2022 Singapore Airline (SIA) buat promosi, terjumpa tiket flight harga yang sangat berpatutan terus grab & tak fikir panjang . Bermula dari beli tiket, barulah saya & husband start planning itenary & everything.

Switzerland – Nature, scenery, beauty of Swiss Alps. SubhanaAllah, MashaAllah. Speechless. Kat mana-mana pun cantik sampai tak ter rakam semuanya. Syurga dunia katanya, macam mana indahnya syurga di sana nanti . Wallaualam. Allah Maha Mengetahui.

Flight – Kami naik Singapore Airline (RM2305 return/pax). Rezeki juga sebab SIA antara world’s top airline. Anak-anak paling best sebab boleh minta bila-bila je ice cream & snack dalam flight . Perjalanan hampir 13 jam tidak terasa. Cuma jangan lupa request MUSLIM MEAL ok masa check-in nanti.

Season – Kebetulan harga tiket promosi tu Autumn season, jadi memang sesuai sangat nak bawa anak-anak. Masa siang panjang & weather pun nyaman je . Kata orang avoid travel between season, sebab cuaca tak menentu panas terik, windy & hujan. Jadi pilihlah season ikut preferable masing-masing k . Lagi satu, download MeteoSwiss apps untuk cek weather forecast & live weather.

Matawang – Switzerland guna matawang Swiss Franc (CHF). Kadar tukaran lebih kurang USD. Currency sekarang 1CHF = RM4.75. Kami dah siap-siap tukar CHF dalam WISE card. Cash tukar sedikit untuk persediaan.

Penginapan – Terpulang pada pilihan masing-masing. Sebab ada hostel, hotel, hometsay atau luxury. Kami memilih macam homestay tempat tidur yang selesa untuk anak-anak, tak kongsi bilik air, ada dapur memasak & pakej view yang cantik. Baca review & previous rating sangat penting (Booked via Airbnb & Booking.com).

Kenderaan – Dekat NZ dulu kami dah sewa motorhome, nak pengalaman baru kalini kami naik public transport. Don’t worry public transportsuperb & efficient. Kami ambil Swiss Travel Pass (STP) untuk 8 hari, beli adult sahaja & free for kids below 16years. (Booked via Klook website). Tersangatlah berbaloi dapat naik pelbagai jenis transportation bas, train, cruise & cable car sambil enjoy scenery sekeliling. Tiket ke Jungfraujoch 25% (139.60CHF/adult) & Mt.Rigi completely free dengan STP. Just downloads SBB apps untuk info details (masa, platform & pilih transportation dari satu tempat ke tempat lain).

Makanan – Kat Switzerland memang mahal, advisable nak jimat tiada pilihan memang kena bawa ready-to-eat meal dari Malaysia atau masak sendiri beli groceries di supermarket COOP / MIGROS. Satu kali meal RM300++ tak lari portion untuk family kami ni. Kids boleh kata sentiasa lapar. So just get ready k .

Bajet – Ikut kemampuan dan kesesuaian keperluan masing-masing. Yang pasti travel sendiri adalah lebih jimat dan seronok .

Parenting – Kita cuba bagi anak-anak rasa selesa walau penat sekalipun. Paling best kat sini sebab boleh kata setiap tempat ada playground. Jadi anak-anak tak bosan & enjoy sangat bermain + berjalan + breathtaking view. Parentinghood is never easy. Masa ni suami & isteri perlu main peranan masing-masing. Isteri memasak suami planning route untuk next day. Isteri mengemas suami layan anak-anak. Isteri tidur suami buat reels .

Info :

  • Bila travel jauh jangan lupa sediakan ubat-ubatan untuk persediaan awal. Lebih-lebih lagi bawa anak-anak kecil. Saya bagi anak-anak multivitamin juga untuk boost immune diorang.
  • Bawa botol air kosong untuk isi water tap / water fountain percuma.
  • Boleh cari ‘Halal Food’ & ‘Islamic Center’ dekat Google Maps untuk cari makanan halal & masjid berdekatan dengan kita.
  • Sebelum naik gunung periksa dulu live webcam & suhu. Takut nanti rugi dah bayar mahal tapi cuaca tak berapa ok atau pakaian kurang sesuai.
  • Asalnya dalam itenary kami tak ada Mt. Rigi, sepatutnya hari tersebut kami pergi Mt. Titlis untuk main snow, tapi last minute kami tukar ke Mt. Rigi sebab dah main snow dekat Jungfraujoch. Amazingly pergi Mt. Rigi dapat rasa pelbagai pengalaman perjalanan. Berbaloi! View pun awesome!

Lucerne > Vitznau – Cruise

Vitznau > Mt. Rigi – Cogwheel train

Return,

Mt. Rigi > Rigi Kaltbad – Train

Rigi Kaltbad > Weggis – Cable Car

Weggis > Lucerne – Cruise

  • Beli STP memang berbaloi, cuma payah sedikit masa nak heret luggage. Kami jadikan Brienz sebagai base (4 malam), Lucerne (2 malam), Zurich (1 malam). So senang sikit nak ubah itenary jika tengok forecast tak berapa ok untuk berjalan.
  • Line internet, husband beli simcard Sunrise (Zurich Airport), saya guna E-sim Airalo. Ini tak ikut bajet yang penting dapat mobile data sebab nak update Instastory / WhatsApp status .
  • Macam biasa insurans travel jangan lupa k! Kami ambil Etiqa 360 untuk satu keluarga.
  • Bonus kalau dapat ambil gambar & video yang proper bila bawa anak-anak ni . Tak dapat pun tak apa. Just cherish every moment because soon all moments turn into memories .
  • Semua yang berlaku adalah kehendak & takdir Allah tapi selagi kita boleh merancang and try to make the most of our trip if possible
  • Hanya perkongsian dari pengalaman. Simpan untuk kenangan. Sekiranya nak share post ini boleh dipersilakan.

Kredit: Nur Atiqah Adon

 

Comments

Leave a Reply