Trip Acik-acik Backpacking Ke Ipoh, Naik ETS, Jalan-jalan Concubine Lane & Makan Kat  Kafe Hipster. Enjoy Sangat!

Ipoh merupakan destinasi percutian pendek yang menjadi pilihan ramai. Banyak tempat menarik untuk dilawati di sana dan sesuai dengan semua peringkat umur.

Selain tarikan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Ipoh juga terkenal dengan banyak kafe dan tempat makan hipster untuk anda kunjungi. Tak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur, ramai yang memilih untuk menaiki ETS ke Ipoh seperti juga NZDiana Nazar dan rakan-rakan yang berkesempatan membuat short trip ke Ipoh baru-baru ini.

Tiga jam perjalanan tak terasa dek kerana seronok dapat bercuti bersama. Sempat terjah ke kafe yang ada di dalam ETS, mereka bersarapan dan menikmati hidangan yang dijual bersama-sama.

Menurut wanita ini sebaik sahaja sampai ke Ipoh, mereka semua berasa teruja dan tak sabar untuk meneruskan percutian mereka. Cuaca pula sangat baik untuk percutian backpacking mereka.

Semuanya enjoy dan menikmati percutian singkat dengan gembira. Memang fun kalau baca perkongsian yang dibuat. Nak tahu apa yang sempat mereka jelajah dalam trip 2 hari 1 malam ke Ipoh ini, jom ikuti perkongsian yang dibuat:

Trip Acik-acik Backpacking Ke Ipoh

Assalamualaikum kawan-kawan ❤️

Kalini kisah acik-acik backpacking ke Ipoh! Kenapa Ipoh? Sebab nak merasa naik ETS ramai-ramai dan masa perjalanan tak lama sangat, 3 jam jee..

Ok lah kan, tak boring sangat😆

Dah nama pon trip acik-acik, so pesertanya semua wanita, yang penting kena dapat keiizinan Imam dulu, baru lah kita boleh huray huray bergembira! Ha ha ha ha(baca dengan nada menyanyi).

Perjalanan bermula di KL Sentral, ticket ETS 8.45 pagi(kena ada setengah jam sebelum train bergerak). Dekat ticket dah boleh check, gerabak mana yang patut dituju, kami ditempatkan di gerabak A. Apa yang kami buat 3 jam dalam train? Of course yang pertama sekali, pergi terjah cafe dia, menu yang ada masa tu, keropok lekor, sandwich, nasi lemak rendang ayam, lasagna, nasi dagang, air panas-kopi, teh tarik, milo, air mineral. Boleh tahan jugak lah rasa dia, bila perut lapar kan, semua sedap hehehe. Lepas makan, sambung lah sembang-sembang, amek gambar, sedar-sedar dah sampai.

Jejak je kaki ke luar station KTM, nampak dataran yang ada tulis perkataan IPOH. Masa tu cuaca cantik, kawasan tenang, bersih dan teratur. Kami teruskan berjalan kaki menuju ke Concubine Lane. Tak jauh sangat, lebih kurang 8-9 minit macamtu dah sampai. Disebabkan sampai time lunch, maka kami cari port makan dulu, semua sepakat nak makan di Plan B😊.

Di plan B ni, decoration dia mcm ala ala industrial and modern concpet, food banyak variety, portion pon ok, ada indoor (aircond) dan outdoor. Lepas dah isi perut,kami pon teruskan perjalanan. Sepanjang Concubine Lane ni mcm2 benda kita dapat lihat, termasuk pelbagai jenis makanan yang cantik dan cute.

Konsep dia mcm jalan di sepanjang kedai yang ada kiri dan kanan. Tengok kiri pon cantik, tengok kanan pon cantik. Contoh mcm ais kepal yang warna warni, pastu ada gerai jual jelly viral~ rain drop jelly tu,pastu ada strawbery coklat, pendek kata, siapa lapar lalu situ, habis semua nak belii hehehehe percaya lahh..!

Kami jalan sepanjang Cocubine Lane tu dua kali, sekali pandang hala kanan, sekali lagi pandang hala kiri😆Lepas tu ada sorang acik nak masuk Cafe Harry Porter(acik2 BBNU, mcmtu lah🤣). Special nya cafe ni ada jual Butter Cream Soda Float, tak payah pergi kat UK, cuma kalau kat UK dia tulis Butter Beer. Oh ada beli kek jugak, then lepak2 lagi(what do u expect?) sambil bergambar.

Dah rasa penat dan kenyang, waktu pon dah 2 petang, kami ambil grab terus ke Sojourn Guest House(Boutique Hotel). Wowwwwweee aroma wangian hotel ni sesuai sangat dengan kami, rasa macam dilayan bak puteri! Dekat hotel, nothing much activiti, selesaikan tanggungjawab,rehatkan kaki, then petang keluar lagi untuk dinner, ke Konda Kondi cafe.

Cafe ni terletak tepi simpang, konsep menu lebih kepada western food. Food puas hati, service pon ok, kira ok lah kan. Lepas tu kami jalan2 ke depan sikit sekitar kawasan tersebut and ada pasar malam.Tak shopping apa pon, just jalan santai2 sambil cuci2 mata. Lepas dah penat, kami amek grab lagi pulang ke hotel.

Disebab kan hotel ni waktu checkout awal iaitu pukul 11 pagi, kami decide nak grab je breakfast makan dalam bilik. Boleh tahan sedap, ada yang nak makan nasi lemak, ada yang pilih lempeng kelapa dgn sambal tumis, kena pulak dengan kopi panas,memang paduu!


Dah tiba masa checkout dalam pukul 11pagi,kami grab lagi ke Canning DimSum.
Ok, pengakuan Ikhlas ya, kedai ni DimSum paling sedap sis pernah makan! Isi dumpling banyak, sos dipping sedap, harga berpatutan sgt! Siapa minat dimsum, pergilah makan kat sini, 7.30 pagi dah buka ya!!

Lepas isi perut, kami amek grab lagi, ke Concubine Lane semula. Kali ni, ‘last kopek’ shopping sourvenier sebelum balik KL. Hehe. Train balik ke KL pukul 3.30petang,jadi kami pon jalan santai2 menuju ke Station KTM Ipoh. Dalam perjalanan tu, terjumpa masjid, kami berhenti solat dan berehat dalam masjid tersebut.


Bila masing2 dah fresh, dalam 2.30petang kami jalan terus ke KTM station. Masa dalam perjalanan pulang, hujan lebat membasahi bumi.Alhamdulillah 6.30petang selamat sampai KL Sentral, maka berpisahlah kami menuju haluan masing2😘

Cara kami mungkin tak se’aggresive’ orang muda berbackpacking, tapi dapat lah capai matlamat acik acik nak jalan2 dan makan2 di Ipoh!
We had so much fun!

Hargai setiap memori tercipta,
Tanda kasih sayang Yang Maha Esa🌼
Sekian🌷

Kredit: Diary of Diansufi


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply