Mengembara secara solo bukan mudah, kena kuat mental dan fizikal kerana apa sahaja masalah perlu dilalui sendirian, apatah lagi bila berada di negara luar yang agak asing bagi kita. Namun itu semua bukan penghalang buat seorang wanita yang menggunakan nama Da Vinci di Facebook.
Selepas backpacker secara solo ke Turkey pada Mac 2022, wanita ini merencana percutian ke Kashmir India. Meminati filem-filem Bollywood antara sebab utama wanita ini memilih India sebagai destinasi percutian solonya ke negara kedua yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.
Memilih Agra dan juga Kashmir sebagai dua wilayah untuk dilawati, Agra untuk melihat dengan mata sendiri keindahan Taj Mahal, salah satu keajaiban dunia serta Agra Fort dan ke Kashmir yang digelar ‘syurga dunia’ kerana keindahan pemandangannya yang hebat.
Paling yang dinanti adalah lawatan ke Kashmir, memandangkan majoriti penduduk di Kashmir, India adalah Muslim dan penduduknya juga mesra memudahkan perjalanan wanita ini sepanjang percutiannya. Malah dia juga merancang untuk kembali bercuti ke Kashmir pada tahun hadapan.
Ikuti perkongsian wanita ini:
Backpacker Solo Ke Agra & Kashmir, India
Saya nak cerita sikit pengalaman saya sebagai backpacker solo ke Kashmir , India. Selepas bercuti ke Turkey pada bulan Mac 2022 pada musim winter, saya merangka pula percutian ke Kashmir, India. Kashmir, India mmg dari dulu lagi terkenal dengan keindahannya , terutama bila saya sendiri adalah peminat filem Bollywood. Bila tgk cerita hindustan dan keindahannya pemandangan bila pelakon menyanyi dan menari seperti saya sendiri berada di tempat tersebut.
Alhamdulillah di usia begini saya tidak lagi terikat dengan anak-anak kecil dan suami (meninggal) maka bermula episod saya yang suka mengembara bersendirian.
Penerbangan dengan Malaysia Airlines mengambil masa 5 jam lebih, sampailah saya ke New Delhi Airport. Pengembaraaan di India dimulai dengan ke Agra (Taj Mahal), perjalanan dari airport ke Taj Mahal mengambil masa 4 jam dengan kereta. Suasanalalu lintas di India mmg menarik dan mencabar , kereta, motor, tut tut, lori dan lembu serta anjing semuanya bersaing di jalan raya. Hiruk pikuk hon! hon! signal mcm x ada fungsi lagi . Bagi saya ke Taj Mahal itu mungkin yang pertama dan terakhir.
Keesokkan hari saya mengambil domestik flight ke Srinagar (Kashmir). Ini lah tempat idaman dan yang saya impikan sejak kecil nak pergi. Sampai Srinagar dah ada kenalan yang menunggu di airport. Airport India security nya mmg ketat, polis tentera, imigresen semua ada , setiap entry ada ja kena check beg.
Majoriti penduduk di Kashmir adalah Muslim. Orang2 Kashmir terutama di pergunungan pada mata pandangan saya ini, mereka mempunyai paras rupa yang kacak begitu juga wanitanya.
Kashmir sangat tourist friendly sebab sumber ekonomi penduduk tempatan adalah banyak bergantung kepada perlancongan.
Kebanyakannya penduduk di Kashmir fasih berbahasa inggeris.
Kashmir merupakan destinasi perlancongan yang popular, dengan kawasan bergunung-ganang yang mengujakan dan lokasi ini mengalami 4 musim.
Disebabkan keindahan Kashmir, India saya merancang untuk kembali lagi ke sini pada musim salji nnt pada bulan February 2023. Sesiapa yang ingin mengikut saya ke Kashmir , India boleh la pm saya .
Bagaimanapun kali ini sekiranya ada yang nak ikut dan tak mampu untuk jadi backpacker pun boleh join, bawa jer bag trolly !!!.
Kredit: Da Vinci
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.