Bila sebut negara Eropah pasti pengembara membayangkan kos yang agak tinggi kerana kadar tukaran wang yang jauh berbeza berbanding Ringgit Malaysia, tapi kalau bijak mengatur dan merancangan seperti pemilik nama Encik Fadhil dengan bajet tak sampai RM7 ribu, dia berjaya bercuti ke enam negara Eropah dalam masa 11 hari.
Berkesempatan melawat ke Turki pada awal tahun ini, dia memilih untuk menjelajah negara-negara Eropah untuk percutiannya kali ini.
Berkongsi itinerari dan kos yang digunakan sepanjang percutiannya di sana, lelaki ini sempat menjelejah ke negara-negara seperti Austria, Switzerland, Germany, Chech Republic, Perancis, Italy dan sempat transit di Arab Saudi.
Europe Trip 11 Hari 6 Negara
VIENNA, AUSTRIA – SWITZERLAND – MUNICH, GERMANY – PRAGUE, CZECH REPUBLIC – FRANCE – MILAN, ITALY (TRANSIT JEDDAH,SAUDIA )
Alhamdulilah saya berpeluang ke 6 negara europe selepas pergi ke Turkey awal tahun tadi
https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/5128551597207076/ boleh lihat posting saya disini
Dibawah ini saya kongsikan perjalanan saya sepanjang saya disana :
12 Nov
Kul, Malaysia —> Vienna, Austria
◦ Saudia Airlines flight jam 2:15am sampai Vienna jam 2:10pm (transit jeddah 4jam)
◦ Naik train OBB dari airport ke hostel tempat penginapan di Do Step Inn Central
◦ Petang tu just relax pusing-pusing sekitar hostel.. jam 5 dah gelap
13 Nov
Vienna, Austria —> Switzerland
◦ Check out hostel.. simpan bag kat Wien hbf
◦ St. Stephen’s Cathedral
◦ Hofburg Palace
◦ State Opera
◦ Ferstel Passage
◦ Prater
◦ Naschmarkt
◦ Karskircne
◦ Naik train OBB Nightjet ke Zurich jam 9:27 pm sampai Zurich hb jam 10:00 am
14 Nov
Switzerland
Zurich hb – Lauterbrunnen
◦ Sampai Zurich hb 10:00am terus naik train ke Lauterbrunnen guna STP dah beli siap-siap kat malaysia.. Stay di Valley Hostel 1 malam .. download siap-siap apps SBB mobile senang nak tengok jadual train
◦ Lepas check in terus naik cable car ke Murren village.. free je kalau guna swiss pass.. mula-mula kena naik cable car lepas tu tukar naik train baru sampai ke Murren village.. Kalau nak turun pun ikut laluan yang sama
◦ Malam just relax dan rest je kat bilik
15 Nov
Switzerland
Lauterbrunnen – Wengen – Interlaken – Grindelwald – Iseltwald
◦ Check out hostel terus naik train dari Lauterbrunnen ke Wengen.. Free je guna STP dan STP cover sampai Wengen je kalau nak ke Jungfrau top of euro kena beli tiket lain tunjuk je STP ni dapat separuh harga
◦ lepas ronda-ronda area Wengen naik balik train dari Wengen ke Interlaken pulak sebab stay dekat situ.. check in Residence Jungfrau xjauh sangat jalan kaki je..
◦ selesai check in naik train balik dari Interlaken pergi ke Grindelwald.. ronda-ronda dalam 2 jam kat Grindelwald naik balik train ke Interlaken lepas tu tukar naik bas pergi ke Iseltwald.. sejam jugak lepak sini kemudiaan naik bas ke interlaken
16 Nov
Day 3 – Switzerland
Interlaken – Zermatt – Gornergrat (Matterhorn)
◦ Check out terus naik train ke Zermatt.. perjalanan agak lama nak ke zermatt lebih kurang 3 jam lebih sebab kat stesen Visp kena naik bas ke Tasch lepas tu naik balik train Tasch ke Zermatt
◦ Sampai Zermatt simpan bag kt loker dan beli tiket untuk ke Gornergrat nak tengok Matterhorn.. kalau ada STP dapat separuh harga.. alhamdulilah cuaca baik so boleh laa nampak Matterhorn
◦ Lebih kurang 2 jam lepak kat Gornergrat naik balik train turun ke Zermatt.. sampai Zermatt lepak kat cafe dan ronda- ronda area Zermatt
◦ Lepas siap makan semua naik train dari Zermatt ke Zurich hb.. perjalanan sama masa pergi.. lebih kurang 3 jam lebih sampai kat Zurich hb kemudiaan naik pinkbus jam 6:00 ptg ke Munich, Germany.. Perjalanan lebih kurang 3 jam lebih.. sampai Munich jam 9 lebih terus ke hostel Munich PM-Rooms check in
17 Nov
Munich, Germany —> Prague, Czech Republic
◦ Check out hostel.. simpan bag kat loker Munich railway station
◦ Alter peter
◦ Marienplatz
◦ Fraunenkirch
◦ Allianz Arena Stadium
◦ Naik Train jam 3:00 ptg dari Munich ke Praha railway station.. perjalanan lebih kurang 5jam lebih.. sampai di prague jam 8 mlm terus pergi ke HU hostel check in
18 Nov
Prague
◦ Check out hostel.. simpan bag kat loker Praha railway station
◦ Prague castle
◦ Charles bridge
◦ Old town square
◦ St. vitus cathedral
◦ Prague astronomical clock
◦ Dancing house
◦ Narodni Muzeum
◦ Praha railway station naik bas direct ke Praha aiport.. tidur dekat airport sebab flight ke paris esoknya jam 7:00 pagi
19 Nov
Prague, Czech Republic —> France-Beauvais Airport
◦ Flight Ryanair jam 7:00 pagi dari Praha.. sampai airport beauvais jam 8:45 pagi.. naik bas direct dari airport ke city centre
◦ Simpan bag kat HotelF1 Paris Porte de Chatillon.. tak boleh check in lagi sebab masih awal.. simpan bag kt hotel je
◦ naik train dari hotel pergi ke Eiffel Tower.. niat pergi paris memang nak tengok menara besi ni je pusing-pusing laa area situ je.. souvenir beli kat sini je sebab murah dari tempat lain
20 Nov
France-CDG Airport —> Milan-Milano Bergamo Airport
◦ Check out hotel.. naik bas direct ke Airport CDG
◦ Naik Flight Easyjet jam 3:15 ptg sampai di Milan Bergamo airport jam 4:45 ptg.. dari airport naik bas direct ke city centre milan
◦ Check in Mio Hostel stay sini 2 malam
21 Nov
Milan
◦ Siap-siap untuk keluar pusing-pusing Milan :
◦ Galleria Vittorio Emanuele ll
◦ Milan Cathedral
◦ Dumo square
◦ Leonardo museum
◦ Santa maria delle grazie
22 Nov
Milan, Italy —> Jeddah
◦ Check out hostel.. naik bas direct ke Malpensa airport milan
◦ Flight Saudia Airlines jam 3:30 pm sampai kat Jeddah jam 8:30 mlm transit 4jam
23 Nov
Jeddah —> Kul, Malaysia
◦ Flight Saudia airlines jam 1:00 pagi dari Jeddah sampai Klia jam 3:00 ptg
Penginapan :
Vienna, Austria
◦ Do Step Inn Central RM120
Zurich, Switzerland
◦ Residence Jungfrau RM186.70
◦ Valley hostel RM196.55
Munich, Germany
◦ PM-Rooms RM157.80
Prague, Czech republic
◦ HU hostel RM59.30
France
◦ HotelF1 Paris Gennevilliers Renove RM120
Milan, Italy
◦ I Am Here – Gioia66 RM240.85
—————————————————————
Pengangkutan :
◦ Swiss Travel Pass 4 days RM937.15
◦ Vienna —> Zurich Train RM158.63
◦ Zurich —> Munich bus RM78.40
◦ Munich —> Prague Train RM64.30
◦ Prague —> France Flight RM239.10
◦ France —> Milan Flight RM290.50
Perbelanjaan :
◦ CHF100 = RM476
◦ €150 = RM735
◦ Bigpay = RM250
—————————————————————
Jumlah semua :
◦ Flight Return Kul-Vienna-Milan-Kul : RM2158
◦ Penginapan : RM1081.20
◦ Pengangkutan : RM1768.10
◦ Perbelanjaan : RM1461
◦ Etiqa Travel Insurance RM117.81
◦ Jumlah = RM6586.11
Kredit: Encik Fadhil
Artikel berkaitan: Sempat main salji kat Turki, Lelaki Ini Kongsi Itenarari Lengkap Trip Bajet 10H9M, Seorang RM3.6k Je, Mantap!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.