Bangun Pagi Layan View Gunung Ganang. Dangau Indah Chalet, Resort Suasana Kampung Di Ipoh Janjikan Keseronokkan!

Chalet berkonsepkan rumah kayu yang disinari dengan garden dan dikelilingi gunung ganang

Berkunjung ke Dangau Indah Chalet Ipoh ini amat seusai untuk percutian dengan rakan-rakan mahu pun mengadakan hari keluarga. Ini kerana di sekeliling resort ini, pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang sangat nyaman malah dekorasi di resort ini turut menampilkan tradisional moden.

Bagi yang ada plan nak memilih lokasi ini, ianya 100 peratus milik orang Islam dan harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM200-RM280 sebuah. Biliknya agak luas di mana boleh memuatkan lebih dari empat orang sebilik bagi katil berkembar. Lebih menarik, kolam renang persendirian berada di hadapan resort ini dan pengunjung boleh terus terjun ke dalam kolam sebaik membuka pintu bilik.

Di sekeliling kolam renang, telah tersedia perkakasan lengkap untuk mengadakan BBQ dan hanya perlu membawa makanan sahaja. Lebih seronok, dengan suasana kampung, percutian yang dirancang pastinya amat seronok. Lebih menarik halaman depannya yang luas boleh melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarganya.

Bagi yang ada cadangan untuk bercuti ke sini, korang boleh datang ke lokasi ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍Dangau Indah Chalet yang terletak di No 71 Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor Ipoh.

Apa lagi kome, moh cuti-cuti Malaysia.

Gambar : FB Dangau Indah Chalet, Ipoh


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply