Day Trip Ke Negeri Sembilan, 4 Tempat Ni Best Nak Singgah. Santai-santai Je!

Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Melaka sangat popular dengan destinasi pelancongan pantainya di Port Dickson. Bukan itu sahaja negeri Darul Khusus ini sebenarnya ada kehebatannya yang tersendiri seperti pelbagai tempat menarik lain bagi peminat sukan lasak dan ekopelancongan, lokasi makan sedap, rumah ibadat tercantik dan banyak lagi.

  1. Bukit Batu Putih Port Dickson

Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih di dalam jadual perjalanan anda itu. Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson mempunyai view dari puncak lautan biru yang sangat cantik dan mendamaikan.

Pendakian ke Bukit Batu Putih ini hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Ramai yang telah berkunjung ke Bukit Batu Putih ini menyifatkan pendakian ke situ tidak terlalu sukar kerana trek yang disediakan agak cukup sifat.

Ramai juga kanak-kanak dilihat mendaki ke bukit ini bersama dengan keluarga mereka, itu menandakan pendakian ke sini tidaklah terlalu susah. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum maka hendaklah bersabar dan bergilir-gilir untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam atau untuk merakam gambar.

Image via Google

2. Tampin Extreme Park & Tampin Water Park Negeri Sembilan

Terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, daerah ini mempunyai dua tempat menarik bagi peminat sukan lasak iaitu Tampin Extreme Park dan kawasan riadah serta mandi-manda iaitu Tampin Water Park.

Malahan, kedua-dua kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara. Tampin Extreme Park antara tempat rock climbing yang menjadi perhatian pengunjung dan ia dilakukan pada batu granit.

Aktiviti di sini pasti memberi keseronokan kepada peminat sukan rock climbing serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti yang mencabar meskipun ketinggian untuk aktiviti rock climbing ini kira-kira 25 meter sahaja.

Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.

Image via Google

3. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sekali pandang, masjid ini macam masjid di luar negara. Tidak sangka pula masjid yang diwakafkan oleh seorang individu ternama ini berada di Malaysia. Itulah keunikan Masjid Sri Sendayan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal.

Bahkan menjadi ini telah menjadi tarikan terbaharu masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan pelancong. Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Islam, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. Sesiapa sahaja yang singgah di masjid ini pasti mengabadikan gambar kenang-kenangan sebagai simpanan peribadi.

Image via Google

4. Kopi Manshor, Kuala Pilah Negeri Sembilan

Antara kopi yang terkenal sejak tahun 1957 dicadangkan untuk singgah adalah di Kopi Manshor Kuala Pilah pasti kena dengan citarasa anda! Ada hampir 25 pilihan minuman kopi ditawarkan, namun kopi yang paling istimewa di sini adalah ‘Kopi Power’ sudah berjaya menawan hati ramai.

Rupa kopi ini kelihatan sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.

Image via Google

Jom pusing-pusing Negeri Sembilan!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply