Café 6233 Port Ngopi Buat Pencinta Alam Di Klang. Citarasa Mewah Dengan Harga ‘Marhean’ Kena Try Ni!

Bila cari port makan paling penting sedap dan harganya berpatutan. Bonus bila ada banyak pilihan makanan untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Terletak di Kapar, Klang, Café 6233 menawarkan variasi makanan dengan citarasa yang mewah dalam suasana kampung.

Menurut perkongsian daripada Latun Amira, antara menu yang ada di sini adalah nasi kandar, nasi ganja, nasi daging ayaq asam dan juga pilihan pastry dan kek untuk penggemar dessert.

Nak tahu apa lagi yang menarik di sana, ikuti perkongsian daripada Latun Amira ini:

Port best makan-makan dan ngopi di Klang

Nak bagitau, dekat Klang ada port best untuk makan makan dan ngopi ngopi. Pencinta alam mesti suka

  1. Cafe nie gunakan “Camping concept”. Memang santai habis. Chill jee. Kalau petang, angin sepoi sepoi. Layannn
  2. Makanan rasa kayangan. Tapi harga Masya’Allah murahnyaaaaaa. Semua below RM10.
  3. Owner Cafe 6233 nie Pastry Chef Hotel 5 star tau. Cake cake sangatlah sedap. Ramai yang kata tak suka makan kek, tetiba rasa cake sini terus jadi Dessert Lover. Paling best, chef memang guna 100% bahan hotel tau.
  4. Penggemar Nasi Kandar wajib try Nasi Ganja. Kari sini powerrrr !
  5. Orang utaghaaaa mesti try Nasi Daging Ayaq Asam. Confirm esok repeat lagi tau. Betuih nieee. Tak tipu.
  6. Non coffee patut rasa Chocolate premium Iced or Matcha Milk Iced. Sangat sedap ! Frappe pun ada tau. Anak anak pasti suka.
  7. Menu sini sangat menepati citarasa 1 keluarga. Sebab, kalau ada anak kecil, mak pak boleh makan nasi ganja/nasi daging. Anak anak boleh makan Bubur Ayam, Fries, Nuggets dll
  8. Ruang makan Cafe boleh muat 40pax. Jadi tak perlu terkejar kejar nak makan cepat cepat nak bagi orang lain duduk pulak.
  9. Coffee lover boleh order “Nusantara Latte”, sangat sedap !
  10. Yang tengah diet boleh try Honeycomb Latte. Sesedap rasaa.
  11. Dessert Lover tolong rasa Creme Brulee dan Red Velvet. Sedap tau. Tapi CHEESE pun sedap. Nak senang. Rasaaa semuaaa.
  12. Yang rindukan Johor. Sini ada Kacang Pool tau. Fuhhhh memang makan sampai licin.
  13. Dengar cerita owner cafe yang bertukang sendiri cafe, memang unik dan dari lain yang lain cafe.

Alamat: Cafe 6233, Kampung Perepat, Kapar Klang

Instagram: cafe_6233

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply