4 Destinasi Hidden Gem Di Johor, Orang ‘Luo’ Pun Boleh Singgah!

Negeri Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai JDT, yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Negeri yang menjadi sempadan utama antara Malaysia dan Singapura ini bersempadan dengan Laut China Selatan di sebelah timur, Selat Tebrau di sebelah selatan, dan Selat Melaka di sebelah barat.

Di Johor, kami mempunyai banyak tempat yang menarik yang patut dikunjungi sama ada penduduk tempatan atau pelancong luar. Sekiranya anda hanya fikir Johor hanya mengenai Legoland dan semangkuk Laksa Johor.

Ini kerana kami akan menyusun 5 senarai Destinasi Hidden Gems di Johor yang kami kira, seseorang pasti boleh melawat lebih daripada sekali. Jika anda sudah bersedia, ayuhh melancong!! Penduduk tempatan dan pelancong akan sama-sama merasai dan menemui sesuatu yang baharu sepanjang percutian hujung minggu seterusnya

Kredit Foto: Sultan Johor Official

Menurut artikel yang disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, etimologi perkataan Johor diambil daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Perkataan Berharga”. Pengaruh daripada Arab jelas kelihatan, ini kerana pedagang dari Arab telah datang ke sini untuk menjalankan perdagangan rempah ratus yang dahulunya terkenal. Negeri Johor juga dipanggil sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang Siam yang bermaksud “Batu Permata” dalam bahasa Melayu.

Kredit foto: tourism.johor.my

DESTINASI-DESTINASI HIDDEN GEMS DI NEGERI JOHOR

  1. Pulau Rawa, Mersing.

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Maldives of Johor di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Pulau ini juga merupakan pulau persendirian Sultan Johor. Pulau ini yang bersaiz kecil membolehkan para pengunjung berjalan di sekitar pulau dalam masa yang singkat.

Para pengunjung yang ingin melawati atau mengunjungi Pulau Rawa boleh menaiki bot laju selama 30 minit dari jeti Mersing, Johor. Selain itu, kemudahan tempat letak kereta yang selamat kepada para pengunjung boleh didapati di Pejabat Hadapan Mersing.

Kredit foto: Pulau Rawa Resort

Pulau Rawa juga dikenali sebagai Pulau Merpati Putih yang menampilkan terumbu karang di kawasan cetek sehingga menutupi seluruh permukaan pulau itu!!! Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan para pelancong di Pulau Rawa, Johor. Antaranya Scuba Diving dan Snorkeling adalah dua aktiviti air yang paling popular di Pulau Rawa.

Anda dengan pengembaraan snorkeling yang tidak dapat dilupakan yang dikelilingi oleh pelbagai jenis ikan dan haiwan marin. Jika anda tidak biasa dengan aktiviti ini, anda boleh memilih lawatan snorkeling dan menyelam berpandu. Kursus PADI juga boleh didapati di Orca Scuba, yang merupakan pusat selam skuba PADI lima bintang.

Kredit foto: Pulau Rawa Resort

Manfaatkan laut yang menakjubkan di Pulau Rawa dengan Snorkeling dan Scuba Diving seperti yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini!!!

Lokasi: Pulau Rawa, Mersing, Johor.

Kredit foto: Pulau Rawa Resort

Aktiviti: Scuba diving, snorkeling, berkayak, jungle trekking, memancing, Barbeku (BBQ), dan bola tampar pantai.

  1. Pulau Sibu, Mersing.

Pulau Sibu merupakan salah satu gugusan pulau yang paling indah di Laut China Selatan di luar pantai Johor yang berkeluasan sepanjang 6 kilometer. Pulau ini terletak di perairan Mersing, 12 kilometer dari tanah besar dan sesuai kepada individu yang inginkan kedamaian dan ketenangan.

Kredit foto: Rimba Resort, Pulau Sibu, Mersing.

Para pelancong yang ingin melawati atau mengunjungi Pulau Sibu, Mersing perlu menempuhi perjalanan darat dari Johor Bahru ke terminal feri baharu di Tanjung Leman mengambil masa kira-kira 90 minit. Selepas itu, pelayaran bot laju mengambil masa kira-kira 20 minit. Kemudahan pengangkutan air dan udara seperti feri dan kapal terbang juga tersedia.

Kredit foto: Rimba Resort, Pulau Sibu, Mersing.

Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus, dan Pulau Sibu Hujung adalah beberapa pulau di sekitarnya. Pulau ini merupakan satu pulau yang paling cantik di negeri ini!!!

Namun, ramai pelancong tempatan dan luar negara tidak pernah ke Pulau Sibu, Johor. Jadi jika anda semua harus kunjungi ke negeri ini, jangan lepaskan peluang ini. Saya sebagai rakyat negeri Johor sangat menyarankan anda mengunjungi ke sini untuk melihat atau merasai sendiri keindahan Pulau Sibu di Johor.

Kredit foto: Rimba Resort, Pulau Sibu, Mersing.

Pulau Sibu juga dikenali sebagai Taman Laut Pulau Tinggi. Memandangkan Pulau Sibu merupakan taman laut yang disytiharkan pada tahun 1993 bagi mengelakkan kepupusan spesies marin, setiap pengunjung perlu membayar yuran pemuliharaan sebanyak RM 5 sebagai tanda sokongan. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan para pelancong bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan di Pulau Sibu, Mersing.

Kredit foto: Rimba Resort, Pulau Sibu, Mersing.

Lokasi: Pulau Sibu, Mersing, Johor.

Aktiviti: Scuba diving, snorkeling, canoeing, jungle trekking, memancing, jelajah Pulau ke pulau, luncur angin,  cincin getah (rubber rings), subwings dan bola tampar pantai.

  1. Pulau Besar,

Pulau Babi Besar atau Pulau Besar merupakan salah satu pulau yang menakjubkan di Laut China Selatan di luar pantai Johor, Malaysia. Pulau Besar yang mempunyai pantai berpasir putih dan bersih. Kemudian dikelilingi beberapa buah pulau lain antaranya Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi.

Kesemua pantai yang berdekatan dengan Pulau Besar itu dikelilingi oleh air bersih. Ini disebabkan oleh faktor geografi bahawa pulau-pulau tersebut menghadap ke laut terbuka yang menyebabkan ombak menghanyutkan kotoran dari pesisir pantai. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.

Kredit foto: Bayu Lestari Island Resort, Pulau babi Besar, Johor.

Para pelancong yang ingin melawati atau mengunjungi Pulau Besar perlu menaiki bot daripada Jeti Mersing dan perlu menempuhi perjalanan tersebut selama 30 minit sahaja.

Pulau ini tidak mempunyai banyak tempat menarik kerana Pulau Besar kecil jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Rawa, Pulau Aur, dan Pulau Sibu. Namun sudah memadai untuk anda pergi bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sana.

Kredit foto: Bayu Lestari Island Resort, Pulau babi Besar, Johor.

Pulau ini tidak mempunyai banyak tempat menarik kerana ia kecil jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Rawa, Pulau Aur, dan Pulau Sibu.

Adakah anda lebih suka aktiviti yang mencabar atau sukar? Atau adakah anda hanya ingin berehat dan merehatkan fikiran anda? Anda pasti perlu pergi kerana apa-apa pun patut dicuba. Sekiranya anda melawat Pulau Babi Besar, anda mesti akan merasai keseronokan, ketenangan dan rasa berbaloi.!!!

Kredit foto: Bayu Lestari Island Resort, Pulau babi Besar, Johor.

Lokasi: Pulau Besar, Mersing, Johor.

Aktiviti: Snorkeling, hiking, berbasikal, berkayak, Scuba Diving, dan bola tampar.

  1. Pulau Harimau,

Pulau Harimau terletak di daerah Mersing, Johor. Mersing seperti yang kita sedia maklum bahawa daerah yang mempunyai banyak kawasan yang indah dan tidak banyak tempat  menarik yang belum diterokai. Hasilnya, walaupun penduduk tempatan atau para pengunjung tidak pernah ke pulau itu, Pulau Harimau boleh dijamin sangat indah. Pulau ini juga mendapat julukan kerana air laut dari pulau ini kelihatan seperti belang pada badan harimau belang. Tambahan pula, pulau ini benar-benar bebas daripada sebarang pencemaran.

Kredit foto: Pintu Gua Pulau Harimau | Imej oleh: Trip Jalan-Jalan

Pulau Harimau adalah seperti dunia baharu selepas melalui gua gergasi Pulau Harimau. Anda akan disambut oleh kolam peribadi semula jadi yang dipenuhi dengan air biru, di mana anda boleh berenang dan terapung dengan bebas.!!

Pulau ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan merupakan tarikan utamanya. Bentuk muka bumi pulau dan gua yang berdekatan sangat menarik dan memukau. Sesiapa yang pergi melancong bersama keluarga atau rakan-rakan ke sana akan mendapat ketenangan dan keseronokan dalam air yang bersih dan biru.

Kredit foto: instagram.com/@khairilzahari

Anda tidak perlu terbang ke Hawaii atau kepulauan Caribbean untuk menikmati bentuk muka bumi yang unik kerana perkara tersebut boleh didapati di Pulau Harimau. Selain itu, pelajar universiti berhampiran juga banyak menjalankan penyelidikan saintifik di sini. Anda juga boleh pergi ke Pulau Harimau jika anda ingin melancong sambil belajar.

Sekiranya, anda ingin melancong ke Pulau Harimau, kira-kira 2 jam dengan menaiki kenderaan dari Johor Bahru dan 4 jam 15 minit dari Kuala Lumpur. Untuk ke Pulau Harimau dari Mersing, anda perlu pergi ke Jeti Mersing. Pulau Harimau merupakan syurga penyelam kerana airnya yang biru jernih. Apabila cuaca mengizinkan, pergi selam skuba atau snorkeling.

Kredit foto: tourism.johor.my

Lokasi: Pulau Harimau, Mersing, Johor.

Aktiviti: Scuba diving, snorkeling, berkayak, jungle trekking, memancing,, dan bola tampar pantai

Kredit: Artikel ini disumbangkan oleh Mohamad Fadzil bin Mohamad Fazeli Perkasa, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply